Telefilem Terpaling Drama Di Astro Ria

Telefilem Terpaling Drama Di Astro Ria

Sempena Syawal ini, saksikan telefilem Terpaling Drama yang akan menemui penonton pada 14 April 2024, hari Ahad, pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Mermaid Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Liyana Jasmay dengan penulisan skrip daripada Farah Bani.

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 14 April 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Skrip : Farah Bani
Pengarah : Liyana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Telefilem Terpaling Drama Di Astro Ria

Pelakon & Watak

Berikut antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nurel Baharin, Sazzy Falak, Razin Qidran, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.

  • Nurel Baharin sebagai Zee
  • Sazzy Falak sebagai Hasnah

Sinopsis Telefilem Terpaling Drama

Telemovie Terpaling Drama mengisahkan tentang Zee iaitu seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambuat Hari Raya.

Tetapi kehidupannya tidak begitu indah apabila Zee selalu bertengkar dengan mak dia iaitu Hasnah yang sangat obses dengan drama Melayu.

Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ini dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise.

Ketika berada dalam alam drama tersebut, Zee diingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar.

Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi tersebut, tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semula dengan ibunya.

Post a Comment

0 Comments