Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey (Layar Okey)

Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey (Layar Okey)

Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey

Saksikan telefilem komedi Ustazah Ekspres dengan menampilkan lakonan daripada Isyariana dan Ashraf Muslim yang akan bersiaran pada 13 Mac 2022, hari Ahad jam 2.30 petang di RTM TV Okey.

Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 13 Mac 2022 (Ahad)
Waktu : 2.30 Petang
Pengarah : Ezasyahdy Bin Mohd Zain (Paktua)
Penulis Skrip : Anina Sahal
Penerbit : Mr Hon Yoo Kee
Produksi : Laksana Talian Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Telefilem Ustazah Ekspres menampilkan pelakon-pelakon seperti Isyariana, Ashraf Muslim, Dato Amin Khan, Nuradzahra Aisyah, Maziah, Nurwahyuda, Zulfikar Rahman, Shatirah Aqilah, Zazali Hassan dan ramai lagi.

  • Isyariana sebagai Tania
  • Ashraf Muslim sebagai Ustaz Badrun
  • Dato’ Amin Khan sebagai Haji Omar
  • Maziah sebagai Kak Zila
  • Zazali Hassan sebagai Ustaz Nasir

Sinopsis Telefilem Ustazah Ekspres

Telefilem Ustazah Ekspres mengisahkan tentang Tania yang berpewatakan sebagai seperti lelaki yang gemar menunggan motosikal dan akhirnya terjebak dengan aktiviti merempit.

Selepas kantoi dengan bapanya dan takut masuk lokap kerana aktiviti merempitnya, Tania larikan diri ke rumah anak-anak yatim dan disanalah dia menjadi Ustazah Ekspres bagi mengajar budak-budak.

Haji Omar sangat berharap agar anaknya, Tania akan berubah.

Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey

Telefilem Ustazah Ekspres Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments