Info, Senarai Juri Dan Barisan Peserta The Masked Singer Malaysia Musim Kedua Tahun 2022

Info, Senarai Juri Dan Barisan Peserta The Masked Singer Malaysia Musim Kedua Tahun 2022

peserta the masked singer malaysia 2022

Program The Masked Singer Malaysia 2 untuk tahun 2022 kini kembali. Sebanyak 10 episod akan berlangsung bermula 28 Januari 2022 yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna dan Astro Go.

Format Pertandingan

Setiap minggu, para peserta yang terdiri daripada mereka yang memakai kostum atau topeng dari kaki ke muka perlu membuat persembahan nyanyian. Juri akan meneka siapakah disebalik topeng. Mereka yang memperoleh markah terendah akan tersingkir dan didedahkan identiti sebenar

Peserta The Masked Singer Malaysia Musim Kedua

Terdapat 14 peserta yang mana mereka hadir dari pelbagai latar belakang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen dan katanya atlet sukan pun ada.

Tetapi tiada siapa tahu siapa mereka kerana mereka memakai kostum dan topeng lengkap. 14 kostum unik tersebut adalah Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.

peserta the masked singer malaysia 2022

Barisan Juri

Terdapat 9 juri yang bakal mengadili para peserta sepanjang minggu iaitu Datuk Aznil Hj. Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak

Pengacara

Sama seperti untuk musim pertama dimana Datuk AC Mizal akan bertindak sebagai hos utama sepanjang program itu berlangsung.

Pemenang The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Untuk rekod, juara The Masked Singer Malaysia untuk musim pertama dimenangi oleh Aina Abdul yang memaka kostum Bunga Raya, manakala tempat kedua dan ketiga dirangkul oleh Vanessa Ben yang menyarung topeng Rajah Brooke dan Tuju dengan memakai kostum orang hutan.

Post a Comment

0 Comments