Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya Di Astro Ria

Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya Di Astro Ria

Pagi Syawal anda akan disajikan dengan sebuah telefilem raya berjudul My Famous Ex-Boyfriend Raya iaitu pada 10 April 2024, hari Rabu, jam 10.00 pagi di Astro Ria 104 dan Astro Go.

BACA : Drama My Famous Ex-Boyfriend Di Astro Ria

Telemovie ini merupakan terbitan syarikat produksi iFabulous Art Media & Event, diarahkan oleh Hadith Omar dengan penulisan skrip daripada Arshad Adam.

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 10 April 2024 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Skrip : Arshad Adam
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : iFame

Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya Di Astro Ria

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Nadhir Nasar sebagai Jemie
  • Qasrina Karim sebagai Sameera
  • Hael Husaini sebagai Haque Zuhal
  • Ara Johari sebagai Bella
  • Aleza Shadan sebagai Saidah

Sinopsis Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya

Saksikan sambungan kisah cinta Sameera dan Jamie, pasangan baharu yang diuji kehidupannya  dan kini mula goyah dek kerana kekangan bersama dan kedegilan Affan.

Bukan itu sahaja, kini ditambah pula dengan kehadiran Haque Zuhal yang kini seorang penjual ikan hadir dalam hidup mereka yang mana mengeruhkan lagi keadaan.

Mampukah mereka mempertahankan hubungan ini? Dan apakah pengakhiran bagi Haque Zuhal pada kali ini?

Post a Comment

0 Comments