Drama My Famous Ex Boyfriend Astro Ria Menampilkan Hael Husaini Sebagai Pelakon

Drama My Famous Ex Boyfriend Astro Ria Menampilkan Hael Husaini Sebagai Pelakon

Setelah lebih 17 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian dan penghasilan lagu, Hael Husaini kini bergerak lagi setapak ke hadapan dengan memasuki dunia lakonan menerusi drama terbaru di Astro.

Lebih menarik, Hael memegang watak utama bergandingan dengan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Qastina Karim menerusi drama terbaru My Famous Ex Boyfriend.

Drama 24 episod ini akan mula menemui penonton pada 23 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan online Astro Go.

My Famous Ex Boyfriend terbitan iFabulous Art Media & Event yang merupakan adaptasi novel popular berjudul Petrichor karya Nurul Syahida ini diarahkan oleh Hadith Omar.

My Famous Ex Boyfriend

Episod : 24
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria 
Tarikh : Mulai 23 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : iFabulous Art Media & Event

Drama My Famous Ex Boyfriend Astro Ria

Barisan Pelakon & Watak

Selain Hael Husaini dan Qastina Karim, Nadhir Nasar juga antara teraju utama dalam drama ini. Terdapat juga pelakon lain yang terlibat seperti Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Nur Aisyah, Ahmad Nur Zaki, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Hael Husaini sebagai Haque Zuhal/Ishaak
  • Qasrina Karim sebagai Sameera
  • Nadhir Nasar sebagai Jamie
  • Jasmin Hamid sebagai Sofia
  • Ryzal Jaafar sebagai Ned
  • Nur Aisyah sebagai Dahlia

Sinopsis Drama My Famous Ex Boyfriend

My Famous Ex Boyfriend menggambarkan secara keseluruhan kesan buli siber yang kini menjadi antara salah satu isu sosial popular yang berlaku di kalangan masyarakat kita.

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal. 

Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut sosial media.

Drama My Famous Ex Boyfriend Astro Ria

Post a Comment

0 Comments