Telefilem Mati Hidup Balik Di Astro Ria

Telefilem Mati Hidup Balik Di Astro Ria

Fuh macam mana agaknya keadaan apabila individu yang mengamalkan ilmu hitam yang mati dan hidup berkali-kali. Semua ini digambarkan dalam telefilem Mati Hidup Balik.

Sebuah telemovie seram yang akan menampilkan lakonan pelakon otai Faizal Hussein, Fiza Thomas, Usop Wilcha dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Mati Hidup Balik Di Astro Ria

Sinopsis Telefilem Mati Hidup Balik

Telefilem Mati Hidup Balik mengisahkan tentang Tok Ayah yang mengamalkan ilmu kebal dimana menyebabkan dia mati hidup balik berkali-kali.

Tertekan dengan situasi tersebut, Sara menekankan ayahnya untuk melepaskan ilmu itu. Namun ada rahsia yang tersimpan dan perlu dilakukan untuk memastikan Tok Ayah 'kekal mati'.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Faizal Hussein, Fiza Thomas, Saharolnizam, Usop Wilcha, Jihaa Sham dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Faizal Hussein sebagai Tok Ayah
  • Fiza Thoma sebagai Sara

Telefilem Mati Hidup Balik Di Astro Ria

Produksi & Pengarah

Telemovie ini merupakan arahan sutradara Hadith Omar, penulisan skrip bersaam Syawal Azrai dan Srikandi Emma serta diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk menonton telefilem Mati Hidup Balik pada 19 Januari 2024, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 19 Januari 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Skrip : Syawal Azrai, Mayasari Emma
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

1 Comments

  1. dah tua ni rasa takut nk tgk cerita gitu, takut hilang ketenangan hehe

    ReplyDelete