Drama Menanti Senja Di TV3

Drama Menanti Senja Di TV3

Menanti Senja merupakan sebuah drama terbaru yang bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 bagi menggantikan drama Hati Tercarik Luka yang tamat pada 15 Januari yang lalu.

BACA : Drama Hati Tercarik Luka 2023

Sebuah drama 15 episod yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Johan As'ari, Kodi Rasheed, Trisha Ooi dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Menanti Senja Di TV3

Sinopsis Drama Menanti Senja

Drama Menanti Senja mengisahkan tentang Syurki yang merupakan individu yang hidup bersederhana. Baginya, dia telah mengecapi kebahagaain setelah berkahwin dengan Sarah.

Lebih manis lagi, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Suhana. Namun, di sebalik nikmat ini, ikatan pasangan ini tidak direstui oleh bapa Sarah sendiri iaitu Kamal.

Kamal telah mengarah Syukri agar bekerja di kilangnya. Langkah ini sebenarnya bertujuan untuk membuli Syukri.

Kehidupan Syukri di tempat kerja tidak menggembirakan. Malang baginya, dia telah terperangkap dan dijadikan kambing hitam untuk sebuah kes pecah amanah. Disebabkan itu, dia telah dipenjarakan.

Situasi ini memberi tekanan kepada Sarah. Kamal pula telah mengambil kesempatan ini untuk meracuni fikiran anak perempuannya itu.

Di lubuk hatinya, Sarah masih ragu-ragu bahawa Syukri sanggup melakukan kesalahan ini. Sarah dan Suhana dibawa untuk tinggal bersama Kamal. Mereka juga tidak dibenarkan melawat Syukri di penjara.

Che Som iaitu ibu kepada Syukri percaya bahawa anaknya tidak bersalah. Dia telah berjuang bermati-matian untuk membuktikan hal ini.

Aapakh kesudahan nasib Syukri?

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Faizal Hussein, Johan As'ari, Trisha Ooi, Hawra Jamalullai, Kodi Rasheed, Sherie Merlis, Khatijah Tan, Hazeeq Dean, Natasya Mahyan, Syahmie Thsaqeef dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Faizal Hussein sebagai Kamal
  • Johan As'ari sebagai Syukri
  • Trisha Ooi sebagai Sarah Adlina
  • Hawra Jamalullai sebagai Suhana
  • Kodi Rasheed sebagai Zaki
  • Khatijah Tan sebagai Che Som

Produksi & Pengarah

Drama bukan adaptasi novel ini merupakan arahan Faizal Nadxaman, penulisan skrip daripada Shaza Talib dan diterbitkan oleh produksi Anomali Media & Production Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu : Sinar Sunyi
Penyanyi : Hariz Fayahet
Komposer : Omar K., Iqie Hugh & Shazriq Azeman
Lirik : Omar K., Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan drama Menanti Senja mulai 17 Januari 2024, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Drama

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 17 Januari 2024 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Shaza Talib
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : Anomali Media & Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments