Drama Hati Tercarik Luka Di TV3 (Samarinda)

Drama Hati Tercarik Luka Di TV3 (Samarinda)

TV3 akan bawakan satu lagi drama terbaru adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Aida Asmida untuk tontonan ramai mulai 20 Disember ini iaitu berjudul 'Hari Tercarik Luka'.

Drama yang menampilkan gandingan Zara Zya dan Syarul Ezani sebagai antara teraju utama ini bakal menggantikan Surat Dari Tuhan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Hati Tercarik Luka Di TV3

Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka

Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya.

Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.

Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda. 

Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Barisan Pelakon

Antara barisan pealkon yang terlibat dalam drama ini seperti Zara Zya, Syarul Ezani, Ryun, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmid Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zara Zya sebagai Eyda Amanda
  • Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
  • Ryun sebagai Maya Maria
  • Fizo Omar sebagai Rykal
  • Mia Nasir sebagai Anies
  • Jasmid Hamid sebagai Puan Safina
  • Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi

Drama Hati Tercarik Luka Di TV3

Produksi & Pengarah

Naskah 15 episod ini merupakan arahan Emi Suffian, penulisan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

OST Drama

Lagu : Bayang-Bayang Sayang
Penyanyi : Suara
Komposer : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Hati Tercarik Luka mulai 20 Disember 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Drama

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda di TV3
Tarikh : Mulai 20 Disember 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Drama Hati Tercarik Luka Di TV3

Post a Comment

0 Comments