Telefilem Bintang Hati Umi Di TV3

Telefilem Bintang Hati Umi Di TV3

Bagi anda yang tidak mempunyai apa-apa aktiviti pada hujung minggu ini, anda boleh buka tv dan duduk untuk menonton telefilem Bintang Hati Umi yang sarat dengan pengajaran.

Untuk info, drama ini pada awalnya ditayangkan pada tahun 2013 dan kini akan diulang siar pada 18 November 2023, hari Sabtu menerusi slot Cereka Pilihan, tayangan di TV3 dan online Tonton.

Telefilem ini merupakan arahan Nazir Jamaluddin, penulisan skrip daripada Mama Bella dan diterbitkan oleh syarikat Z K Creative Production Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 18 November 2023 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Mama Bella
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Z K Creative Production Sdn. Bhd.

Telefilem Bintang Hati Umi Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Wan Nor Azlin, Talha Harith, Amyza Aznan, Adiba Yunus, Shahrul Nizam, Nazmi Kamarulzaman, Adik Puteri Balqis, Adik Melly Amalin, Fikhree Bakar dan ramai lagi.

  • Wan Nor Azlin sebagai Suria
  • Talha Harith sebagai Amar

Sinopsis Telefilem Bintang Hati Umi

Telefilem Bintang Hati Umi mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang kematian suami, Suria yang mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya dengan berniaga ikan menggunakan van buruk peninggalan arwah suaminya.

Setiap kali hari jadi anak-anaknya, Suria hanya mampu membeli kek cawan pisang mamak sebagai tanda kasih sayang. Sehinggalah anak sulungnya Amar, bosan hidup susah dan akhirnya melawan dan melarikan diri.

Amar menyambung pelajarannya dan nekad untuk membawa diri jauh dan berkahwin dengan Dalina, seorang anak orang berada.

Telefilem Bintang Hati Umi Di TV3

Post a Comment

0 Comments