Telefilem Jam Tangan Paksu Temui Penonton Di TV Okey

Telefilem Jam Tangan Paksu Temui Penonton Di TV Okey

Kalau anda tiada aktiviti pada hujung minggu ini, jangan lupa untuk saksikan telefilem Jam Tangan Paksu yang akan disiarkan semula pada 19 November 2023, hari Ahad.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini akan menemui penonton sekali lagi menerusi saluran RTM dan kali ini di TV Okey atau boleh juga strim di RTM Klik.

Jam Tangan Paksu merupakan naskah arahan Rahila Ali, penulisan skrip daripada Haida Mazni Mohammad dan diterbitkan oleh Megapine Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 19 November 2023 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Idea Asal : Rahila Ali
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Megapine Sdn. Bhd.

Telefilem Jam Tangan Paksu

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Sharnaaz Ahmad, Armand Ezra, Puteri Rayyana Rayqa, Fauziah Nawa, Reen Rahim, Nazia Mustafar, Afiq Hussain dan ramai lagi.

  1. Sharnaaz Ahmad sebagai Adam
  2. Armand Ezra sebagai Ali
  3. Puteri Rayyana Rayqa sebagai Fatima
  4. Fauziah Nawa sebagai Mak Siti
  5. Reen Rahim sebagai Wardah
  6. Nazia Mustafar sebagai Nadia

Sinopsis Telefilem Jam Tanga Paksu

Telefilem Jam Tangan Paksu mengisahkan tentang Fatimah dan Ali yang dijaga oleh bapa saudara mereka iaitu Paksu Adam selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Adam bekerja sebagai pengawal keselamatan dan hanya berbasikal untuk menghantar anak-anak saudarnya pergi dan pulang ke sekolah.

Disebabkan Adam pernah mempunyai konflik dengan arwah kakaknya sebelum ini, dia jarang menunjukkan kasih sayang kepada Fatimah dan Ali ditambah pula dia memang seorang yang garang dan ego.

Pada hari jadi Pak Su yang akan datang, Fatimah dan Ali berhajat untuk menghadiahkan seutas jam tangan. Jadi mereka perlu bekerja untuk mengumpul duit untuk membeli hadiah tersebut.

Adakah perasaan Adam akan berubah selepas mendapat hadiah yang diberi oleh anak-anak saudaranya tersebut pada akhirnya?

Post a Comment

0 Comments