Selepas 17 Tahun, GSC Berjaya Times Square Ditutup Mulai 27 November 2023

Selepas 17 Tahun, GSC Berjaya Times Square Ditutup Mulai 27 November 2023

GSC Berjaya Times Square Ditutup Mulai 27 November 2023

Selepas 26 November ini, maka tiada lagi tayangan filem oleh pihak Golden Screen Cinemas (GSC) di GSC Berjaya Times Square apabila ianya akan menghentikan operasi pada 27 November 2023.

Pawagam ini mula beroperasi disini sejak 27 Januari 2005. Pastinya perjalanan yang luar biasa ditempuhi oleh pihak GSC disini sejak ianya dibuka kepada orang ramai.

Melalui pengumuman yang dikongsikan di laman media sosial GSC, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang setia selama 17 tahun ini.

Tambahnya lagi, senyuman, tawa dan tepukan daripada penonton akan sentiasa bergema di hati mereka.

Dalam pada itu, GSC juga menjemput orang ramai untuk nikmati tayangan filem di cawagan pawagam terdekat iaitu di GSC LaLaport BBCC, meskipun cawangan Berjaya Times Square ditutup.

"Terima kasih sekali lagi kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada perjalanan minat filem anda. Kita akan jumpa anda tidak lama lagi di GSC LaLaport BBCC!" tambahnya.

Setakat ini, GSC sudah memiliki 509 skrin merentasi 55 lokasi pawagam di seluruh negara dan tetap akan terus menawarkan pengalaman menonton filem dengan teknologi sinematik moden.

Post a Comment

0 Comments