Telefilem Amsterdam Kami Datang Di RTM TV2

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di RTM TV2

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Amsterdam Kami Datang dimana akan temui penonton semula pada 21 November 2023, hari Selasa menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Telefilem yang bakal bersiaran pada jam 9.00 malam ini merupakan arahan Norliza Ismail, penulisan skrip daripada Zuli Ismail dan diterbikan oleh Qaisworks Sdn. Bhd.

Bagi yang ingin menyaksikan sebuah drama melayu tetapi berlatar belakangkan sebuah negara yang indah iaitu di ibu negara Belanda, Amsterdam, kena tengok cerita ini.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 21 November 2023 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Haryati @ Yaya Abu Bakar
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Pengarah : Norliza Ismail
Produksi : Qaisworks Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nazim Othman, Elfaezah Ul Haq, Shiqin Kamal, Shaikh Kalam, Salahuddin Sani, Rosli Mohd Nordin dan ramai lagi.

Watak lakonan

  • Nazim Othman sebagai Afif
  • Syiqin Kamal sebagai Sarah
  • Elfaezah Ul Haq sebagai Maira
  • Shaik Kalam sebagai Muaz

Sinopsis Telefilem Amsterdam Kami Datang

Telefilem Amsterdam Kami Datang mengisahkan 4 sahabat yang merancang secara spontan untuk bercuti di Amsterdam sempena menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang sahabat mereka iaitu Muaz.

Dalam masa mereka gembira di Amsterdam, mereka sekawan merasakan seperti diekori oleh seorang lelaki misteri. Disebabkan itu, akhirnya tiba-tiba salah seorang rakan mereka iaitu Maira didapati hilang selepas beberapa hari.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah Maira betul-betul hilang? Bagaimanakah percutian mereka selama berada di sana selepas itu selepas dapat berita kehilangan rakan baik mereka?

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

Telefilem Amsterdam Kami Datang Di TV2

Post a Comment

0 Comments