Abang Botak Berjalan-Jalan Ke UK Dalam From KL To PL (Premier League) Di Astro Ria

Abang Botak Berjalan-Jalan Ke UK Dalam From KL To PL (Premier League) Di Astro Ria

From KL To PL (Premier League) Di Astro Ria

Kalau peminat bola Premier League (EPL) pasti tidak sabar-sabar untuk saksikan program terbaru keluaran Astro kali ni dimana ianya melibatkan sukan bola sepak.

Bermula 20 November 2023, sebuah program travel terbaru berjudul From KL To PL (Premier League) akan menemui anda pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

From KL To PL menampilkan 4 personaliti dari 4 latar belakang berbeza memulakan perjalanan di United Kingdom dalam misi menjelajah stadium-stadium terkemuka Premier League. Percutian yang disangka seronok namun ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Dalam program ini, kita boleh tengok bagaimana setiap daripada personaliti tersebut iaitu Nabil Ahmad, Intan Serah, Douglas Lim dan Abang Botak akan menyelesaikan task yang diberi sehingga ianya lengkap dan sempurna.

Kalau kita sebut pasal Premier League, pastinya terbayang kelab-kelab besar seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Manchester City, Tottenham Hotspurs dan beberapa nama kelab yang lain yang bertapak di UK.

Pastinya dalam From KL To PL ini kita boleh lihat stadium bagi setiap kelab yang dilawati. Ada pemain-pemain sendiri yang terlibat dan beberapa perkara lain. Dengan adanya kehadiran pengulas sukan bola sepak, pemain bola sepak wanita negara dan pelawak, pastinya program ini lebih happening.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan program terbaru Astro From KL To PL (Premier League) bermula pada hari Isnin ini secara eksklusif hanya di saluran Astro Ria 104.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hadir!
    Tengok gak malam tadi, best 👍
    Tak sabar tunggu diorg gi Old Trafford :D

    ReplyDelete