Telefilem Nur Ain Temui Penonton Semula Pada Khamis Ini Di TV9

Telefilem Nur Ain Temui Penonton Semula Pada Khamis Ini Di TV9

Telefilem Nur Ain Temui Penonton Semula Pada Khamis Ini Di TV9

Menerusi slot Kuasa 3 Malam minggu ini, TV9 membawakan beberapa filem terbaik untuk tontonan ramai bagi tempatan dan antarabangsa.

Antara filem melayu yang ditayangkan semula adalah adalah telemovie Nur Ain dimana akan disiarkan pada 23 November 2023 iaitu pada hari Khamis.

Telefilem ini sebenarnya pernah ditayangkan pada tahun 2011 dan antara lakonan terawal daripada Eyka Farhana yang memegang watak Nur Ain dalam cerita ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2011
Bersiaran : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 23 November 2023 (Khamis)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Tok Uban
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Creative Skills Production House

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Nur Ain seperti Fahrin Ahmad, Fasha Sandha, Eyka Farhana, Zed Zaidi, Maimun Mutalib, Esliza Loy, Syahirah Aqmar, Yasmin Kaniff dan ramai lagi.

  • Eyka Farhana sebagai Nur Ain Afwa
  • Fahrin Ahmad sebagai Azhar
  • Fasha Sandha sebagai Marina
  • Zed Zaidi sebagai Johan

Sinopsis Telefilem Nur Ain

Telefilem Nur Ain mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu iaitu Nur Ain yang tinggal di Rumah Anak Yatim. Dia juga inginkan sebuah keluarga yang bahagia dan diberkati Allah.

Pasangan suami isteri, Azhar dan Marina telah lama mendirikan rumah tangga tetapi tidak mempunyai anak. Jadi mereka buat keputusan untuk mengambil Nur Ain sebagai anak angkat.

Pada awalnya, Nur Ain diambil dan dilayan seperti menatang minyak yang penuh dan penuh kasih sayang. Tapi papa dan mama angkatnya masih mengamalkan kehidupan budaya barat.

Nur Ain merasa tidak selesa apabila tinggal dengan mereka. Walaupun hidupnya bahagia, jauh disudut hati Nur Ain kesunyian kerana dia tidak dibenarkan keluar dan dilayan seperti orang gaji.

Selain itu juga, dirinya juga nyaris diperkosa angkara kelalaian ibu dan bapa angkatnya. Sejauhmana ketabahan Nur Ain dalam menjalani kehidupannya sebagai anak angkat?

Post a Comment

0 Comments