Drama Sempurnakah Cinta Kita Di Awesome TV

Drama Sempurnakah Cinta Kita Di Awesome TV

Petang anda akan diserikan dengan sebuah drama bersiri terbaru berjudul Sempurnakah Cinta Kita yang akan menemui penonton mulai 14 November 2023.

Drama 18 episod ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 7.00 malam menerusi slot Dramatix di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Naskah ini merupakan arahan Ejump Mohd, penulisan skrip daripada Nieza Nahar bersama Ainaa Maryam dan diterbitkan oleh syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Info Drama

Episod : 18
Tayangan : Slot Dramatix Awesome TV
Tarikh : Mulai 14 November 2023 (Isnin - Rabu)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar dan Ainaa Maryam
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama Sempurnakah Cinta Kita Di Awesome TV

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Shahz Jaszle, Harissa Adlynn, Azrel Ismail, Melissa Aurellia, Elly Arifin, Zila Bakarin, Harun Hashim, Hazeeq Dean, Amanda Misbun dan ramai lagi.

  • Shahz Jaszle sebagai Alif
  • Harissa Adlynn sebagai Lina
  • Azrel Ismail sebagai Ariz
  • Melissa Aurellia sebagai Sarah
  • Haziq Din sebagai Fariz
  • Harun Hashim sebagai Ibrahim
  • Zila Bakarin sebagai Sharifah Zamila

Sinopsis Drama Sempurnakah Cinta Kita

Alif dan Lina ingin bercerai namun setelah kawan baik mereka Ariz dan Sarah meninggal disebabkan kemalangan, Alif dan Lina terpaksa menjaga anak tunggal mereka Aidy.

Drama Sempurnakah Cinta Kita Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments