Filem Syif Malam, Dari Drama Youtube Ke Filem Pawagam

Filem Syif Malam, Dari Drama Youtube Ke Filem Pawagam

Pada tahun 2014 yang lalu, Youtuber Awanimbus telah mengeluarkan sebuah drama pendek yang mana sehingga kini telah ditonton sebanyak 1.6 juta penonton sehingga kini.

Menerusi drama tersebutlah, kini ianya diangkat ke layar perak apabila ianya difilemkan menerusi judul yang sama 'Syif Malam' dimana akan menemui penonton mulai 7 Disember 2023 di pawagam.

Naskah ini mendapat arahan Fairus Anuar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Empire Film Solution Sdn. Bhd. dengan kerjsama Thinkerbell Studios Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Filem

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 7 Disember 2023
Pengarah : Fairus Anuar
Produski : Empire Film Solution, Thinkerbell Studios

Filem Syif Malam

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Taqzim Zaki, Anas Ridzuan, Shahkimin, Zera Hariz, Kamarul Eqifshah, Sobri Anuar, Riezman Khuzaimi, Ismeth Syah, Mili Supina dan ramai lagi.

  • Taqim Zaki sebagai Ikmal
  • Anas Ridzuan sebagai Mok
  • Shahkimin sebagai Botak
  • Zera Hariz sebagai Ayu
  • Kamarul Eqifshah sebagai Saiful
  • Sobri Anuar sebagai Boss Zaini
  • Riezman Khuzaimi sebagai Abang Joe

Sinopsis Filem Syif Malam

Filem Syif Malam mengisahkan tentang tiga rakat sepejabat iaitu Ikmal, Botak dan Mok yang bekerja sebagai pereka grafik, secara tidak sengaja merungkai mitos seram di bangunan tempat mereka bekerja sehingga merubah kehidupan masing-masing.

Ia satu kisah urban legend yang dianggap mitos berlega-legar dibangunan tersebut tentang tragedi seorang pekerja wanita yang mati dibunuhi. Mengikut cerita, bangunan itu memerlukan korban tertentu setiap tahun.

Kejadian seram bermula apabila mereka bertiga dipaksa bekerja waktu malam untuk menyiapkan tugasan grafik pada saat akhir.

Namun setelah melakukan beberapa upacara ritual atas nasihat Brotai, gangguan seram menjadi semakin ganas dan agresif.

Kisah mitos yang mereka dengar selama ini tentang korban bangunan tersebut semakin menjadi realiti dan ia sedang berlaku.

Filem Syif Malam

Post a Comment

0 Comments