Telefilem Deria Ke 7 Di TV2 Akan Menemui Anda Pada Isnin Ini

Telefilem Deria Ke 7 Di TV2 Akan Menemui Anda Pada Isnin Ini

RTM akan bawakan sebuah telefilem baru untuk tontonan ramai berjudul Deria Ke 7 ke kaca tv pada 9 Oktober 2023 iaitu pada Isnin ini menerusi saluran TV2 dan secara online di RTM Klik.

Telefilem Deria Ke 7 arahan pengarah terkenal Feroz Kader ini akan bersiaran pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2.

Ianya merupakan sebuah karya dengan genre thriller terbitan syarikat produksi Ori Art Film dan penceritaan jalan cerita dan skrip ditulis oleh Tommy Loh.

Deria Ke 7

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 8 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Tommy Loh
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Ori Art Film

Telefilem Deria Ke 7 Di TV2

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang menjadi tunjang penceritaan dalam telefilem Deria Ke 7 ini ialah Shiqin Kamal, Ali Reza, Amir Nafis dan Syafnida Shuhaimi.

Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon lain juga seperti Amie Dean, Monrasli dan ramai lagi.

  • Shiqin Kamal sebagai Kaira
  • Ali Reza sebagai Arman
  • Amir Nafise sebagai Benjamin
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Mira

Sinopsis Telefilem Deria Ke 7

Telefilem ini mengisahkan tentang Kyra iaitu seorang anak yatim piatu berasal dari keluarga hartawan yang berkahwin dengan Benjamin dan kecapi kebahagian selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Amran.

Tetapi malangnya, Kyra terlibat dengan sebuah kemalangan yang ngeri. Akan tetapi dia terselamat dalam peristiwa tersebut dan sejak itu juga dia merasakan dia sudah memiliki deria ke 6.

Dengan kelebihan tersebut, Kyra memiliki bayangan tentang perkara yang telah dan bakal berlaku tetapi dia rasa tidak pasti sama ada perkara itu adalah sekedar mainan fikiran ataupun realiti.

Dia menyangsi bahawa suami penyayangnya itu telah merancang dengan orang di sekeliling untuk membunuh dan merampas segala kepentingannya. Keadaan ini menyebabkan Kyra sukar mempercayai sesiapa.

Adakah ianya halusinasi atau deria istimewa. Haruskah dia percayakan cinta?

Telefilem Deria Ke 7 Di TV2

Post a Comment

0 Comments