Review Filem Nowhere Netflix Buat Penonton Tidak Duduk Tenang

Review Filem Nowhere Netflix Buat Penonton Tidak Duduk Tenang

Sekarang tengah hype sebuah filem berjudul Nowhere di Netflix dan rata-rata pengguna internet menceritakan dan berkongsi review dan pengalaman ketika menontonnya di media sosial.

Filem ini mula-mula ditayangkan pada penghujung September 2023 sehingga kini. Ianya boleh ditonton di seluruh dunia menerusi platform Netflix termasuk di Malaysia.

Jadi admin berkesempatan untuk menontonnya sendiri baru-baru ini dan akan kongsikan review tentang filem Nowhere dalam perkongsian kali ini. Katanya filem ini buat ramai orang tak cukup nafas.

Barisan Pelakon & Watak

Filem Nowhere ini secara amnya tidak mempunyai ramai pelakon kecuali ketika pada babak permulaan sahaja. Selepas itu, hampir 90 peratus yang fokuskan kepada seorang pelakon utama iaitu Anna Castillo yang memegang watak Mia.

Kemudian ada seorang lagi watak kedua terpenting iaitu suaminya dalam cerita ini iaitu watak Nico yang dilakonkan oleh Tamar Novas. Ini merupakan karya negara Sepanyol, jadi pelakon-pelakonnya adalah orang negara disana.

Sinopsis Filem Nowhere

Filem Nowhere bermula dengan kisah sepasang suami isteri iaitu Mia dan Nico yang mencari jalan untuk keluar dari negaranya Sepanyol yang kini berada dalam keadaan huru-hara apabila pihak berkuasa menangkap dan membunuh kanak-kanak dan ibu hamil.

Perkara tersebut dilakukan kerana bekalan asas di Sepanyol kini tidak mencukupi, jadi bagi ianya menjadi lebih teruk, pihak berkuasa ini mendapat kebenaran untuk lakukan genocide beramai-ramai terhadap orang awam bagi mengurangkan populasi. Jadi bekalan asas akan mencukupi.

Review Filem Nowhere Netflix

Jadi Nico membuat keputusan untuk lari ke Ireland dengan membawa Mia yang ketika itu sedang sarat mengandung. Tidak boleh tidak, bagi mengelak dibunuh, dia terpaksa bawa Mia meskipun dia masih was-was dengan keputusan tersebut.

Salah satu cara untuk lari ke luar negara adalah dengan menggunakan kontena. Jadi mereka akan diseludup menaiki kapal dagangan untuk ke negara lain.

Ketika orang sedang sibuk memenuhkan kontena, Mia dan Nico terpisah. Mia berada dalam kontena 'Nowhere' dan Nico dalam kontena '107 Green'.

Ketika perjalanan ke pelabuhan berlaku satu pembunuhan beramai-ramai apabila kontena yang mana Mia berada didalamnya kantoi dengan pihak berkuasa apabila mereka dapat tahu ramai yang ingin melarikan diri. Tetapi hanya Mia terselamat tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Jadi kontena tersebut terus ke pelabuhan untuk merentasi negara. Dalam perjalanan di atas kapal dagang, ribut melanda dan banyak kontena terjatuh ke dalam laut termasuklah kontena yang mana Mia berada.

Satu-satu kontena yang ada manusia didalamnya tenggelam ke dasar laut kecuali kontena Mia yang mampu bertahan atas usaha yang dilakukan oleh Mia seperti menghalang air masuk, keluarkan dan sedut air keluar dan sebagainya.

Maka disinilah berlaku survival seorang wanita untuk terus hidup bersama peralatan yang kadang tidak termasuk dek akal untuk digunakan dalam proses meneruskan kelangsungan hidup di tengah lautan yang terbentang luas.

Dia kini sarat mengandung dan tidak semena-mena, bayi yang dikandungkan sudah sampai masanya untuk keluar dan Mia perlu bersalin seorang diri di tempat yang sempit dalam kontena yang terdapar di tengah lautan.

Akhirnya Mia berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Noah. Jika sebelum ini bertahan seorang diri, kini dia perlu untuk terus hidup bagi menjaga bayi yang baru dilahirkan tersebut supaya terus selamat.

Makanan dan minuman semakin habis, jadi Mia perlu cari jalan untuk mendapatkan bekalan tersebut. Dia terfikir untuk tebuk atap kontena dengan cordless yang terdapat dalam kontena tersebut. Pelbagai usaha dibuat akhirnya berjaya.

Review Filem Nowhere Netflix

Dengan itu, kini dia boleh dapatkan bekalan makanan iaitu ikan yang ditangkap sendiri. Kemudian air hujan yang ditadah menggunakan bekas makanan yang berada dalam kontena tersebut. Dia mampu untuk servive.

Hampir sebulan juga kontena tersebut terapung di tengah lautan dan kini Mia mengambil kesempatan untuk bergerak sendiri mencari daratan dengan menyediakan rakit untuk dia dan bayinya yang baru lahir tersebut.

Kontenanya tidak lagi mampu untuk terapung kerana air mula masuk dan tidak berdaya lagi untuk menampung berat. Sebelum tenggelam, Mia sempat untuk buatkan rakit kecil untuk anaknya dan dia berpaut pada rakit tersebut.

Beberapa hari terapung, akhirnya dia dijumpai oleh nelayan. Sempat menyelamatkan bayi dan Mia sebelum mereka tenggelam.

Review Filem Nowhere

Betul lah orang kata, kalau tengok filem Nowhere ni tidak boleh duduk dengan tenang. Risau adakah Mia mampu untuk lakukannya seorang diri dan kemudian ada pula satu jasad kecil yang juga perlu diselematkan.

Terfikir lepas makanan dan minuman habis, apa yang akan dilakukan Mia dalam kontena tersebut? Kalau nak keluar pula, macam mana? Nak pecahkan pintu? Tapi Nia berjaya fikirikan solusi dengan tebuk lubang.

Dalam tebuk lubang, tengok cordless pula habis bateri, macam mana nak teruskan. Jumpa pula pisau lipat. Tapi mampu ke untuk potong besi tu? Yes, dia mampu dan disinilah juga ada babak cantik yang dibawa pengarah bila Mia sedaya upaya untuk bengkokkan besi tersebut.

Review Filem Nowhere Netflix

Masa nak lahirkan bayi, ni pun buat admin tidak boleh bernafas, bayi keluar direct dalam air laut dan berjaya diselamatkan lepas tu. Kemudian nak bagi susu pula dan sebagainya.

Pada bahagian sini dia macam bahaya sikit jika anda menonton bersama keluarga sebab Mia lahirkan anak tanpa seurat benang di badan. Jadi dia telangjang bulat dan nampaklah apa yang tidak sepatutnya. Nak tonton sendiri takpa, dengan family mungkin boleh skip sikit.

Pelbagai lagi aksi survival yang anda boleh saksikan penceritaan ini. Buat jala ikan, hidupkan api, sedut air keluar, tutup lubang dari mengelakkan air masuk, jahit luka di kaki dengan menggunakan komponen elektrik tv dan sebagainya.

Cerita best, jalan cerita menarik tapi mungkin ada hear and there yang sedikit tak logik terutamanya boleh buat panggilan di tengah laut. Selain itu, batery handphone mampu untuk hidup lebih 2 minggu. Keadaan Mia masih baik terutamanya pada kulit meskipun berada dalam kontena besi di tengah laut.

Apa-apapun Nowhere merupakan sebuah filem yang menarik. Sangat recommended untuk anda saksikan di Netflix. Rating untuk filem 'Nowhere' adalam 8/10 ⭐

Post a Comment

0 Comments