Telefilem Batu Nisan Ibu Temui Anda Di TV3 Pada Sabtu Ini

Telefilem Batu Nisan Ibu Temui Anda Di TV3 Pada Sabtu Ini

Jangan lupa saksikan telefilem Batu Nisan Ibu yang akan menemui penonton sekali lagi pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerakarama TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat Zeel Production Sdn. Bhd., diarhakan oleh Murali Abdullah dengan penulisan skrip daripada MF Kencana.

Batu Nisan Ibu

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Telefilem Batu Nisan Ibu

Barisan Pelakon & Watak

Telefilem Batu Nisan Ibu menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Nabila Huda, Nor Alleeya, Ayu Raudah, Dato' Rahim Razali, Mohd Izuan Fitri, Balkisyh Sumundur Khan, Hair Safwan, PU Azman dan ramai lagi.

  • Nabila Huda sebagai Ana
  • Dato' Rahim Razali sebagai Pak Ali
  • Redza Rosli sebagai Badrul
  • Alleeya sebagai Rina
  • Izuan Fitri sebagai Haikal
  • Ayu Raudhah sebagai Mak Su
  • Hairi Safuan sebagai Pak Su
  • PU Azman sebagai Ustaz Mazlan

Sinopsis Telefilem Batu Nisan Ibu

Batu Nisan Ibu mengisahkan tentang Ana yang mengandungkan anak luar nikah kerana terlanjut dengan teman lelakinya, Badrul.

Ayahnya, Pak Ali berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung. Disebabkan itu, mereka keluar dari kampung dan mulakan hidup baharu di pinggir bandar.

Badrul ialah seorang lelaki yang suka berpoya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun.

Takdir menentukan Ana meninggal dunia dan Rina dibesarkan oleh Pak Ali. Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan.

Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.

Telefilem Batu Nisan Ibu

Post a Comment

0 Comments