Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1 Sempena Hari Warga Emas Sedunia

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1 Sempena Hari Warga Emas Sedunia

Setiap tahun pada 10 Oktober akan disambut Hari Warga Emas Sedunia. Jadi sempena itu, RTM bawakan telefilem khas berjudul Jangan Panjat Pagar Itu.

Telefilem ini akan bersiaran pada 14 Oktober 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau penonton boleh juga menonton secara striming di rtmklik.rtm.gov.my.

Jangan Panjat Pagar Itu merupakan terbitan syarikat Hundo Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Paly Ishak dengan penulisan skrip daripada tuan pengarah sendiri bersama-sama Amira Zahra dan Hafizee Hatta.

Jangan Panjat Pagar Itu

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Paly Ishak, Amira Zahra & Hafizee Hatta
Pengarah : Paly Ishak
Produksi : Hundo Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu Di TV1

Pelakon & Watak Lakonan

Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu menampilkan barisan pelakon seperti Jalil Hamid, Kenji Sawahi, Sathiya, Hafizee Hatta, Dboy Hamdan, Putera Qamarul dan ramai lagi.

  • Jalil Hamid sebagai Rahmat
  • Kenji Sawahi sebagai Boon
  • Sathiya sebagai Jaya

Sinopsis Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu

Jangan Panjat Pagar Itu mengisahkan perjalanan tiga sahabat baik yang tinggal di rumah warga emas iaitu Rahmat, Boon dan Jaya.

Kali ini lebih special, sempena hari lahir Rahmat, Jaya dan Boon berhasrat akan menunaikan apa sahaja permintaan sahabat mereka itu.

Rupa-rupanya Rahmat menyimpan keinginan mahu bebas dan lari dari rumah warga emas tempat mereka tinggal.

Meskipun ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil, mereka bertiga memutuskan untuk melarikan diri dari situ. Mereka lari tanpa membawa sebarang pengenalan diri.

Kehilangan mereka akhirnya disedari warden rumah warga emas itu. Warden tersebut telah meminta bantuan Inspektor Betul untuk mencari mereka bertiga.

Pelbagai insiden berlaku sepanjang pencarian menjejak tiga sahabat itu. Akhirnya mereka dijumpai di rumah Che Yah. Namun siapakah Che Yah? Apakah hubungan mereka dengan wanita tersebut?

Post a Comment

0 Comments