Drama Surat Dari Tuhan (TV3)

Drama Surat Dari Tuhan (TV3)

Gandingan Syukri Yahaya dan Janna Nick kini kembali menerusi drama terbaru berjudul Surat Dari Tuhan yang bakal bersiaran bagi menggantikan drama Haloba yang telah tamat pada 26 Oktober yang lalu.

Drama terbaru di slot Samarinda ini akan mula bersiaran pada 30 Oktober 2023, iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my.

Naskah arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) yang akan bersiaran sebanyak 30 episod ini ditulis skrip oleh Rozie Rashid dan Soula Nordin serta penerbitan daripada Mache All Star United Sdn. Bhd.

Surat Dari Tuhan

Episod : 30
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 30 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rozie Rashid & Soula Nordin
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

drama surat dari tuhan tv3

Barisan Pelakon & Watak

Selain gandingan Syukri Yahaya dan Janna Nick, terdapat ramai lagi pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Ummi Nazeera, Wanns Ahmad, Trisha Ooi, Sheila Hassan, Qistina Raisah dan Shahidan Izwan.

Terdapat juga pelakon seperti Balkisyh Semundur Khan, Qayra El, Meor Ahmad, Nik Ramly Rejab, Arash Mohd, Mohamad Danial, Nada Nur Syuhaida, Fazira Syafinaz dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagi Ryan
  • Janna Nick sebagai Misha
  • Ummi Nazeera sebagai Suzana
  • Trisha Ooi sebagai Rifqa
  • Wanns Ahmad sebagai Uzair
  • Sheila Mambo sebagai Rafilah
  • Qistina Raisah sebagai Rania

Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan

Drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Ryan yang telah bertindak tanpa persetujuan ibunya, Rafilah iaitu memberi peluang kedua kepada Misha dan berkahwin dengannya.

Hal ini telah mendapat tentangan ibunya memandangkan Misha pernah memutuskan pertunangan mereka hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung.

Firasat Rafilah sebagai seorang ibu ternyata betul. Setelah berkahwin dengna Ryan, Misha mula memperlihatkan dirinya yang sebenar.

Misha mula melayan ibu mentuanya iaitu Rafilah dengan layanan yang tidak wajar. Namun, Misha tiada perasaan belas ihsan terhadap insan tersebut.

Situasi menjadi lebih teruk apabila Ryan membawa Rafilah untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang di Madinah, Misha langsung tidak endah untuk memberi pertolongan kepada Rafilah bagi memudahkan urusannya.

Tidak cukup dengan itu, sekembalinya mereka di kota suci itu, pelbagai masalah melanda. Selain cabaran kehidupan peribadinya, masalah perniagaan juga perlu ditangani oleh Ryan.

Apakah kesudahan kisah ini? Ingin ketahuinya, jangan lupa untuk saksikan Surat Dari Tuhan sehingga ke akhir episod.


Tajuk cerita? Surat Dari Tuhan
Berapa episod? 30 Episod
Bersiaran hari apa? Isnin hingga khamis
Pukul berapa bersiaran? Jam 10 malam
Tonton di mana? TV3 dan online Tonton

drama surat dari tuhan tv3

Post a Comment

0 Comments