Drama Haloba, Info Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Haloba, Info Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Pemburu Rahsia baru sahaja menutup tirai pada 2 Oktober yang lalu dan pasti ianya akan digantikan dengan sebuah drama melayu tempatan yang baru.

Jadi menerusi perkongsian daripada tv3, sebuah drama baru iaitu berjudul Haloba yang akan mula bersiaran bagi menggantikan drama sebelumnya mulai 3 Oktober 2023.

Drama Haloba akan bersiaran setiap hari isnin hingga khamis menerusi slot samarinda menerusi saluran TV3. Selain itu juga, drama ini akan dimainkan secara striming di www.tonton.com.my secara percuma.

Untuk info, drama yang akan bersiaran sebanyak 15 episod ini merupakan arahan Emi Suffian dengan penulisan skrip daripada Kent Tan dan Chooi Keen. Ianya diterbitkan oleh Enuja Production Sdn. Bhd.

Haloba

Episod : 15
Tayangan TV : Slot Samarinda di TV3
Tarikh : Mulai 3 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Kent Tan
Penulis Skrip : Kent Tan & Chooi Keen
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Drama Haloba tv3

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Dalam drama Haloba ini antara pelakon utama yang terlibat ialah Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shiqi Malam.

Mereka dibantu daripada pelakon-pelakon lain seperti Ieda Moin, Shah Iskandar, Kazar Saisi, Zila Bakarin, Izz Ilham, Hilal Azman, Muntazar Ghufran dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
  • Afifah Nasir sebagai Erina
  • Sherry Ibrahim sebagai Aliya
  • Shiqin Kamal sebagai Misha
  • Ieda Moin sebagai Kak Zura
  • Shah Iskandar sebagai Taufik
  • Izz Ilham sebagai Adam

Sinopsis Drama Haloba

Drama Haloba yang ditayangkan di TV3 ini mengisahkan tentang Erina yang ingin menggangu gugat kebahagian rumahtangga Raif bagi menggantikan kedudukan kedua-dua isterinya iaitu Alia dan Misha.

Pelbagai perkara yang dilakukan Erina terhadap isteri-isterinya seperti Erina pernah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah ketika bekerja di syarikat Asia Dinamik.

Meskipun perkara tersebut terkesan kepada Erina, dengan bantuan Misha, dia dipanggil semula bekerja. Sejak dari itu jugalah hubungan Raif dan Erina menjadi semakin mesra.

Akhirnya isteri-isteri Raif iaitu Alia dan Misha membenarkan Erina untuk berkahwin dengan suaminya dan menjadi yang ketiga dalam keluarga mereka.

Drama Haloba tv3

Post a Comment

0 Comments