Drama Original Restu Akan Temui Anda Di iQIYI Pada Tahun Hadapan

Drama Original Restu Akan Temui Anda Di iQIYI Pada Tahun Hadapan

Berita baik untuk semua peminat drama melayu tempatan, pihak iQIYI tidak lama lagi akan mengeluarkan satu lagi drama original bertajuk Restu secara eksklusif akan ditayangkan di platform tersebut pada tahun 2024.

Drama terbitan Infinitus Entertainment Malaysia Sdn. Bhd. ini bakal mendapat sentuhan daripada pengarah hebat iaitu Heykal Hanifah.

Restu akan ditayangkan sebanyak 10 episod dan bakal diserikan dengan penampilan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Wanna Ali, Puteri Rafasya, Siti Elizad dan Elizabeth Tan.

Bukan itu sahaja, terdapat pelakon-pelakon lain juga terlibat antaranya Ahirine Ahirudin, Yusuf Bahrin, Ezzaty Abdullah, Adlin Aman Ramlee, Dian P Ramlee, Danish Hazriq, Muntazar Ghufran, Junji Delfino dan ramai lagi.

drama restu iqiyi original

Sinopsis Drama Restu

Razak, 37 tahun, merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak  kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy, yang berusia 13 tahun.

Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy.

Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu. Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya.

Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak.

Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak.

Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak  namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak.

Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?

drama restu iqiyi original

Info Drama Restu

Episod : 10
Tayangan : iQIYI
Tarikh : Akan datang 2024
Waktu Siaran : Jumaat-Sabtu, 9.00 malam
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Infinitus Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

  • Remy Ishak sebagai Razak
  • Wanna Ali sebagai Aini
  • Puteri Rafasya sebagai Amy
  • Siti Elizad sebagai Sara
  • Elizabeth Tan sebagai Melanie
  • Ahirine Ahirudin sebagai Janna
  • Yusuf Bahrin sebagai Atiq
  • Junji Delfino sebagai Datuk Maria
  • Ezzaty Abdullah sebagai Julia
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Tajul
  • Muntazar Ghufran sebagai Kimi
  • Danish Hazriq sebagai Danish
  • Dian P Ramlee sebagai Maryam

drama restu iqiyi original

Post a Comment

0 Comments