Saksikan Drama From Saga With Love Setiap Khamis Hanya Di Viu

Saksikan Drama From Saga With Love Setiap Khamis Hanya Di Viu

Viu tidak lekang dengan drama-drama tempatan berkualiti yang dibawakan untuk menghiburkan penonton-penonton mereka baik yang menggunakan akaun VIP mahupun tontonan secara percuma.

Pada September lalu, Viu bawakan sebuah lagi drama melayu tempatan berjudul From Saga With Love tetapi sedikit berbeza kerana mereka akan banyak berlakon di Saga, Jepun.

Naskah karya Umir Sulwana Omar ini bersiaran selama 10 episod yang mana akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu iaitu 2 episod setiap hari Khamis, jam 12.00 tengah hari.

From Saga With Love merupakan terbitan syarikat produksi Red Communication Sdn. Bhd. dan drama ini digarap oleh Rafidah Abdullah bersama-sama Shamaine Othman, Hadi M. Nor, Suzanne Ong dan Azhar Amirulhisyam.

From Saga With Love

Episod : 10
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 21 September 2023 (Setiap Khamis)
Masa : 12.00 Tengah Hari
Pengarah : Umir Sulwana Omar
Produksi : Red Communication Sdn. Bhd.

Saksikan Drama From Saga With Love di viu

OST Drama

Judul Lagu : Cin-Ta
Artis : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari

Barisan Pelakon & Watak

Drama From Saga With Love hanya menampilkan 4 pelakon utama iaitu Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry.

Tetapi sepanjang penceritaan, mereka dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Vanidah Imran, Fatimah Abu Bakar, Zulin Aziz, Sharifah Amani, Zoey Rahman, Fariz Azmier, Tiara Anchant dan ramai lagi.

  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia Albarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita (Mak)
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila (Along)
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila (Angah)
  • Zoey Rahman sebagai Zairin
  • Tiara Anchant sebagai Daisiy

Sinopsis Drama From Saga With Love

Drama From Saga With Love mengisahkan tentang Karma yang telah berjaya dalam interview untuk bekerja sebagai translator kepada pelakon dan influencer popular, Bianca Rozario semasa berada di Saga, Jepun.

Dalam masa yang sama, dia juga mengimpikan untuk menjadi influencer terkenal seperti Bianca.

Karma berusaha sedaya upaya agar penipuannya tidak terbongkar, memandangkan dia juga pada masa yang sama menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy, yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca.

Dengan kehadiran juruvideo, Bob dan seorang jejaka pendiam, Sham, apa yang terjadi adalah pelbagai masalah, penyelesaian dan komplikasi romantik yang berterusan.

Saksikan Drama From Saga With Love di viu

Saksikan Drama From Saga With Love di viu

Post a Comment

0 Comments