Drama Cik Lang Swe Boleh Strim Di Tonton Mulai 26 Oktober Ini

Drama Cik Lang Swe Boleh Strim Di Tonton Mulai 26 Oktober Ini

Tonton bawakan drama original berjudul Cik Lang Swe yang akan mula bersiaran pada 26 Oktober 2023, 2 episod setiap hari Khamis menerusi platform penstriman Tonton.

Anda boleh layan dan hilangkan stress dengan menonton Cik Lang Swe yang membawa cerita seram komedi secara percuma menerusi platform Tonton untuk episod 1 dan episod seterusnya, anda boleh langgan dengan harga RM9.90 sebulan.

Drama 10 episod ini merupakan arahan Aidilfitri Mohamed Yunus, penulisan skrip bersama daripada Afmy dan Mariana Hashim dan diterbitkan oleh syarikat Tsar Asia Sdn. Bhd.

Table of Contents

Drama Cik Lang Swe

Episod : 10
Tayangan : Drama Original di Tonton
Tarikh : Mulai 26 Oktober 2023 (Setiap Khamis)
Penulis Skrip : Afmy & Mariana Hashim
Pengarah : Aidilfitri My
Produksi : Tsar Asia Sdn. Bhd.

Drama Cik Lang Swe Boleh Strim Di Tonton

OST Drama

Tajuk Lagu : Metafor
Penyanyi : Harissa Adlynn
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Johd Jeeves
Penulis Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Johd Jeeves

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Cik Lang Swe seperti Dini Schatzmann, Harissa Adlynn, Safwan Nazri, Ezzrin Loy, Amy Nur Tinie, Ayunie Rizal, Jazmy Juma, Emerlia Feronika, Sarah Monika dan ramai lagi.

  • Dini Schatzmann sebagai Cik Lang Swe
  • Harissa Adlynn sebagia Ponti SU
  • Safwan Nazri sebagai Poco
  • Ezzrin Loy sebagai Ponti Dol
  • Amy Nur Tinie sebagai Ponti Wang
  • Ayunie Rizal sebagai Mak Lang
  • Jazmy Juma sebagai Hafiz
  • Emerlia Feronika sebagai Lang Gigi
  • Sarah Monika sebagai Ponti Nana

Sinopsis Drama Cik Lang Swe

Drama Cik Lang Swe mengisahkan tentang perbutan kuasa antara puak-puak hantu yang berbeza. Cik Lang Swe merupakan satu-satunya pewaris lelaki bagi Puak Langsuir di Kampung Temu Jodoh.

Puak Langsuit ini dianggap sebagai puak yang paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain.

Lang Swe yang ingin menjalani kehidupan normal sering dibuli kerana sifatnya yang baik hati serta bersopan santun. Ia sememangnya bertentangan dengan keperibadian yang wajar bagi spesis hantu.

Namun, semangat Lang Swe tidak pernah pudar kerana dia mempunyai impian untuk meninggalkan kampung bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon popular.

Pada suatu hari, Ratu bagi segala hantu bagi puak Pontianak iaitu Seri Pontin Wang telah memberi kejutan kepada rakyatnya mengumumkan persaraannya.

Keputusan itu dibuat atas sebab ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya barunya sebagai 'influencer' di media sosial.

Lalu, Ponti Wang telah mengisytiharkan bahwa takhta untuk memerintah semua hantu kini menanti pemerintah baru.

Namun pemerintah baru itu hanya boleh dipilih daripada pemenang acara beprestij hantu iaitu Olympictu.

Kali ini puak Langsuir yang diwakili oleh Lang Swe akan mengambil bahagian. Jadi dia perlu berlatih untuk memanjat pokok, berlatih gelak tawa yang menyeramkan sebagai pelbagai perkara lagi.

Pada masa yang sama, Lang Swe telah jatuh hati kepada waris Pontianak iaitu Ponti Su. Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka tidak merestui hubungan yang terjali, Ponti Su telah bertenang dengan Ponti Dol.

Ponti Dol adalah pontianak yang terkuat dan merupakan musuh ketat Cik Lang Swe. Lebih memburukkan keadaan, kaum manusia dibelenggu masalah pecah masuk dan rompakan oleh manusia yang bertopengkan hantu. Kini hantu dipersalahkan.

Cik Lang Swe bukan sahaja perlu memenangi Olympictu, malah dia juga perlu mencari pesalah yang mengganggu manusian. Dalam masa yang sama juga perlu memenangi hati Ponti Su.

Mampukan Cik Lang Swe menjayakan semuanya ini?


Tajuk cerita? Cik Lang Swe
Berapa episod? 10 Episod
Bersiaran hari apa? Setiap Khamis
Tonton di mana? Strim di Tonton

Drama Cik Lang Swe Boleh Strim Di Tonton

Post a Comment

0 Comments