Drama Tuhan Beri Aku Cinta Di TV1

Drama Tuhan Beri Aku Cinta Di TV1

Saksikan drama Tuhan Beri Aku Cinta yang akan menemui penonton mulai 1 Oktober 2023, bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama 13 episod ini merupakan arahan Adinata MK, penulisan skrip daripada Azlina Pa' Wan dan diterbitkan oleh syarikat Medyavizyon Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Tuhan Beri Aku Cinta

Episod : 13
Bersiaran : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 1 Oktober 2023 (Jumaat - Ahad)
Waktu : 6.45 Petang
Idea Asal : Azlina Pa' Wan
Penulis Skrip : Azlina Pa' Wan
Pengarah : Adinata MK
Produksi : Medyavizyon Sdn. Bhd.

Drama Tuhan Beri Aku Cinta Di TV1

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Tuhan Beri Aku Cinta seperti Alya Iman, Azlee Khairi, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud, Syafnida Shuhaimi, Meoh Mohd, Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Fiza Thomas dan ramai lagi.

  • Alya Iman sebagai Ayu Diana
  • Azlee Khairi sebagai Syukri
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Datuk Ismail
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Kamariah
  • Meor Ahmad sebagai Zafran
  • Jasmin Hamid sebagai Amnah
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Saadiah
  • Fiza Thomas sebagai Ita
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Nadia

Sinopsis Drama Tuhan Beri Aku Cinta

Drama Tuhan Beri Aku Cinta mengisahkan tentang kehidupan dan cinta manusia biasa. 

Syukri diperangkap oleh Nadia. Mereka ditangkap khalwat. Nadia cuba pukau Syukri supaya melupakan Ayu. Ayu dipindahkan ke rumah lain. Ayu mengandung.

Namun, Syukri tidak mengendahkannya.

Post a Comment

0 Comments