Drama Chinta Wrong Direction (Astro Ria)

Drama Chinta Wrong Direction (Astro Ria)

Jangan lupa saksikan drama Chinta Wrong Direction mulai 26 Jun 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go dan Sooka.

Drama bersiri terbaru yang bakal menggantikan Andai Itu Takdirnya ini merupakan terbitan Juita Viden Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hadith Omar dengan penulisan skrip daripada Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan tuan pengarah sendiri.

Episod : 20
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 26 Jun 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris & Hadith Omar
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

Drama Chinta Wrong Direction Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Chinta Wrong Direction seperti Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chua, Raff Roslee, Shaza Bae, Hazeeq Dean, Ikhwan Khairuddin, Auni Yusri, Faris Nabil, Sharifah Shahora, Lydiawati dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hun Haqeem sebagai Raja Akid
  • Erysha Emyra sebagai Chinta
  • Kimberly Chua sebagai Candy
  • Raff Roslee sebagai Fuad
  • Hazeeq Dean sebagai Saiful
  • Ikhwan Khairuddin sebagai Rodin
  • Shaza Bae sebagai Akma

Sinopsis Drama Chinta Wrong Direction

Drama Chinta Wrong Direction mengisahkan tentang China dan Raja Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang.

Akid seorang lelaki yang trauma dengan kecurangan ibunya, manakala Chinta seorang gadis yang dibesarkan oleh seorang bapa yang sering memukulnya.

Namun ianya membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri dan menjayakan rumah tangga mereka.

Drama Chinta Wrong Direction Astro Ria

Post a Comment

0 Comments