Telefilem Abang Kandung (TV9)

Telefilem Abang Kandung (TV9)

Jangan lupa saksikan telefilem Abang Kandung pada 26 Jun 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 di TV3 ini merupakan syarikat Rashbir Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rashid Sibir dengan penulisan skrip daripada Zulkifli Mad Yadi.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 26 Jun 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Zulkifli Mad Yadi
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media

Telefilem Abang Kandung TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Abang Kandung seperti Izzue Islam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Mak Mah, Harun Hashim, Hafis Nolan, Muaz Adilfitri, Achong dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Saiful
  • Syafiq Kyle sebagai Usof
  • Nasir Bilal Khan sebagai Pak Talib
  • Norlia Ghani sebagai Emak
  • Mak Mah sebagai Nenek
  • Harun Hashim sebagai Pak Kasim
  • Hafis Nolan sebagai Muis
  • Muaz Adilfitri sebagai Adi

Sinopsis Telefilem Abang Kandung

Telefilem Abang Kandung mengisahkan tentang Saiful yang merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usop (Yusof).

Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara. Saiful kemudiannya meninggalkan kampung dan hidup bergelumang dosa di bandar dengan pil khayal, mabuk dan wanita.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba pulang ke kampung untuk meminta maaf daripada bapanya, Pak Talib, tetapi malangnya Pak Talib menghalau Saiful dan tidak membenarkannya tinggal di rumahnya.

Adiknya, Yusof yang berniaga roti canai membawa Saiful ke rumah nenek mereka dan Saiful menumpang di situ. Dia akhirnya bekerja sebagai penoreh getah dan turut membuat beberapa pekerjaan lain. Lama - kelamaan Saiful mula jatuh sakit dan keadaan kesihatannya mula teruk.

Saiful meminta pertolongan adiknya Yusof untuk memujuk bapa mereka supaya membenarkannya untuk pulang ke rumah. Yusof kemudiannya membawa abangnya pulang ke rumah, kemudian Yusof dan ibunya berusaha untuk memujuk Pak Talib, malah Yusof juga berjanji akan bertanggungjawab serta menjaga abangnya itu.

Akhirnya bapa mereka mengalah dan membenarkan Saiful tinggal di rumah itu, walaupun begitu Pak Talib masih lagi marah serta benci pada anak sulungnya itu dan sering menyuruh Saiful keluar saja dari rumah itu.

Manakala Saiful tetap berusaha untuk mendapatkan kemaafan bapanya itu, walaubagaimanapun Pak Talib masih keras hati dan tidak mahu memaafkan Saiful.

Tak lama kemudian keadaan Saiful makin teruk, dia akhirnya muntah darah dan kini berada di hospital, Yusof cuba sebaik mungkin untuk menjaga abangnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Telefilem Abang Kandung TV9

Post a Comment

0 Comments