Telefilem Man Rider Di TV9

Telefilem Man Rider Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Man Rider pada 26 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Jet Lee bersama dengan Indra Putra Jamin.

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 25 Mei 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Jet Lee dan Indra Putra Jamin
Produksi : Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd.

Telefilem Man Rider Di TV9

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Man Rider seperti Azwan Kombos, Zara Zya, Shamsul Ghau-Ghau, Hamdan Senario, Usop Cecupak dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azwan Kombos sebagai Leman
  • Zara Zya sebagai Fatamorgana
  • Shamsul Ghau-Ghau sebagai Dr Husin

Sinopsis Telefilem Man Rider

Telefilem Man Rider mengisahkan tentang Leman iaitu seorang anak yatim piatu yang sentiasa menyimpan impian untuk menjadi adiwira sehingga terbawa-bawa ke dewasa.

Impian Leman akhirnya dimakbulkan apabila motosikal kapcai milik datuknya, Tok Ayah diresapi kuasa makhluk asing sehingga mampu terbang, berkata-kata, mempunyai kuasa ajaib dan mempunyai perasaan seperti manusia biasa.

Konflik sebenar bermula apabila Leman diarahkan seorang lelaki misteri yang muncul dalam bentuk hologram meminta dia mencari Fatamorgana sekiranya dia mahu tahu lebih lanjut mengenai asal usul Rider.

Selepas bertemu Fatamorgana dan Passola, Leman terus berusaha merungkai persoalan demi persoalan yang membawanya kepada konflik dalaman Pertubuhan ke-7 (P7) yang sedang mengesan pembelot dalam kalangan mereka.

Kemunculan Dr Husin yang menjadi misteri dan masalah Rider yang jatuh cinta dengan Passola. Apakah yang bakal terjadi pada akhirnya?

Post a Comment

1 Comments