Telefilem Makbul Di TV3

Telefilem Makbul Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Makbul pada 28 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Fairuz Loy dengan penulisan skrip daripada Sofia J Rhyland.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 28 Mei 2023 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Makbul Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Makbul seperti Aedy Ashraf, Shah Faris, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Rahim Omar, Anne Abdullah, Syamil Muhsin, Arisa Soraya, Edaman Othman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aedy Ashraf sebagai Akbar
  • Shah Faris sebagai Hafiz
  • Hafeez Mikail sebagai Along
  • Rahim Omar sebagai Ibrahim
  • Anne Abdullah sebagai Ruby

Sinopsis Telefilem Makbul

Telefilem Makbul mengisahkan tentang Amir Hafiz yang meninggal dunia dilanggar oleh Akbar berikutan aktiviti lumba haram yang dilakukan pada malam Hafiz pulang daripada Masjid.

Ketika itu, mak dan bbah memang menunggu kepulangan Hafiz, anak mereka yang belajar di sebuah sekolah asrama agama. Hafiz adalah anak harapan mereka. Hafiz budak baik, solat tak tinggal, berbudi bahasa dan disayangi semua.

Disebabkan kehilangan tersebut, si mak tidak dapat menerima kenyataan dan tidak dapat melupakannya. Terus teringat kepada anak kesayangannya sehingga mengabaikan si Along yang juga terasa dengan keadaan tersebut.

Adakah akhirnya Akhbar akan tertangkap dan kematian Hafiz terbela? Bagaimana pula dengan keadaan si mak selepas kejadian tersebut?

Telefilem Makbul Di TV3

Post a Comment

0 Comments