Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan telefilem Quran Pondok Buruk pada 21 April 2023, bersiaran pada hari Jumaat pukul 8.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2002, sekitar 20 tahun lalu iaitu 'Pondok Buruk' kini kembali untuk Aidilfitri anda dengan judul yang baru serta masih mengekalkan barisan pelakon asal naskah tersebut.

Selain itu, naskah yang merupakan kesinambungan daripada telefilem sebelum ini ini juga diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Rashid Sibir juga selaku sebagai penulis skrip dan ianya diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn. Bhd.

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 21 April 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Opera Klasik Team
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Quran Pondok Buruk seperti Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Vanidah Imran, Dato' Jalaludin Hassan, Iman Zulkarnain dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fauziah Nawi sebagai Mak Jah
  • Rosyam Nor sebagai Usop
  • Vanidah Imran sebagai Rina
  • Iman Zulkarnain sebagai Alim
  • Raja Azura sebagai Som
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Johan 

Sinopsis Telefilem Quran Pondok Buruk

Kesinambungan daripada telefilem lagenda Pondok Buruk 1 dan 2, Quran Pondok Buruk mengisahkan tentang obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia.

Usop yang pernah berdosa kini berusaha untuk menjadi lebih baik namun diuji dengan perpecahan dan keluarganya kini melakukan dosa-dosa yang lebih kurang sama seperti masa lampaunya.

Ujian berat ini menjadikan Usop hampir terkandas sehingga mengamuk dan membakar pondok buruk tempat dia bermunajat kerana marah pada tuhan.

Kejadian itu hampir meragut nyawa isterinya, Som dan kembali membuat Usop sedar yang dia perlu terus berusaha untuk menyatukan kembali keluarganya dan membantu anak-anaknya kembali ke jalan yang benar.

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Telefilem Quran Pondok Buruk Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments