Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Pontianak Teng Teng pada 21 April 2023, bersiaran pada hari Jumaat pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan penulisan skrip daripada Haslizawaty Hassan.

Tayangan Asal : Tahun 2014
Siaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 21 April 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Haslizawaty Hassan
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Pontianak Teng Teng seperti Rita Rudaini, Yus Jambu, Shah Tapaw, Amir Raja Lawak, Abdul Rahman, Mak Jah, Cik Puteh, Fendi Seman dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Rita Rudaini sebagai Indah
  • Yus Jambu sebagai Asmadi
  • Shah Tapaw sebagai Taib
  • Amir Raja Lawak sebagai Wardi
  • Mak Jah sebagai Mak Esah

Sinopsis Telefilem Pontianak Teng Teng

Telefilem Pontianak Teng Teng mengisahkan tentang seorang janda jelita yang bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya.

Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka.

Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya.

Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Telefilem Pontianak Teng Teng Di TV9

Post a Comment

0 Comments