Telefilem Maaf Terakhir Di TV3

Telefilem Maaf Terakhir Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Maaf Terakhir pada 22 April 2023 (raya pertama), bersiaran pada hari Sabtu pukul 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem khas yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya aka Pali Yahya

Tayangan : TV3
Tarikh : Pada 22 April 2023 (Sabtu)
Waktu : 2.00 Petang
Penulis Skrip : PGRs Team
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Maaf Terakhir Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Maaf Terakhir seperti Izzue Islam, Normah Damanhuri, Nabila Huda, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Zaki
  • Normah Damanhuri sebgai Siti
  • Nabilah Huda sebagai Midah
  • Ashraf Muslim sebagai Ustaz Raffi

Sinopsis Telefilem Maaf Terakhir

Telefilem Maaf Terakhir mengisahkan tentang Zaki yang sangat mementingkan keberkatan daripada ibunya, Siti. Setiap hari Zaki akan meminta maaf dan mahu ibunya mendoakannya.

Namun segalanya berubah apabila Zaki bertemu dengan Ustaz Raffi yang mempunyai ramai pengikut. Dia mula ingkar arahan ibunya serta melakukan pekara yang tidak baik demi harta dunia. Masih adakah maaf terakhir untuknya?


Post a Comment

0 Comments