Filem Escape Di Pawagam Pada 5 Januari 2023

Filem Escape Di Pawagam Pada 5 Januari 2023

Filem Escape

Saksikan filem thriler serebral Malaysia Escape yang akan ditayangkan mulai 5 Januari 2023, hari Khamis di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang di panggung berhampiran.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 5 Januari 2023 (Mulai Khamis)
Penulis Skrip : Ikhwansha Hazer
Pengarah : Ikhwansha Hazer
Produksi : Dreamland Productions & DMY Creation

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Dato' Jalaluddin Hassan, Riz Amin, Jue Aziz, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Kamal Adli sebagai Adam
  • Riz Amin sebagai Inspektor Azizul
  • Elizabeth Tan sebagai Eva
  • Amar Asyraf sebagai Hamzah
  • Zamarul Hisham sebagai Imam Muljain
  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Mejar Dzulkarnain
  • Pablo Amirul sebagai Hitman

Sinopsis Filem Escape

Filem Escape mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adam yang telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang terrorist. Dalam masa yang sama, dia juga tidak ingat apa-apa tentang dirinya.

Satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya dari bilik tersebut adalah dengan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. Apa yang Adam perlu buat adalah memberitahu pihak berkuasa tentang lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Adam mula menyedari bahawa pihak berkuasa yang mengurungnya itu sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi senjata tersebut bagi melancarkan agenda jahat mereka.

Filem Escape

Filem Escape

Post a Comment

0 Comments