Review Kampung People 3 (Episod 9)

Review Kampung People 3 (Episod 9)

Review Kampung People 3 (Episod 9)

Episod 9 drama Kampung People 3 disambung lagi yang telah bersiaran pada 3 Disember 2022 di slot Lestary TV3 dan juga secara online di www.hotstar.com/my dengan tontonan lebih awal.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Review Kampung People 3 Episod 9

Episod kali ini bersambung daripada sebelumnya berkaitan dengan kecurian makanan. Jadi antara perkara yang dibuat untuk menangkap si pencuri seperti berjaga malam bergilir-gilir untuk melihat makanan tersebut adakah akan dicuri.

Nampaknya tak berjaya juga apabila akhirnya makanan tersebut hilang selepas tibal giliran Mona yang tertidur ketika giliran berjaga malam.

Seterusnya memangil Tok Imam aka Kyle Aidan untuk memagar dan menangkap makhluk halus yang katanya mencuri makanan tersebut. Tapi hakikatnya tak jumpa juga toyol tersebut. Tok Imam ni kadang-kadang kelakar juga kalau in character.

Sebelum ini Imran kan ada buat servis delivery kan. Jadi sepanjang kerjanya tersebut, dia ada berjumpa dengan seorang perempuan yang membuatkan dia jatuh hati. Insan bertuah tersebut bernama Fiona. Jadi bermulalah langkah untuk memikat hatinya.

Yang pelik Imran bukan minta idea daripada ayahnya, Radzi cara-cara untuk mengorat perempuan, tapi minta tolong Bad Bisu. Disebabkan itu ayahnya terasa hati lah seperti anaknya sendiri tidak mempercayaianya lagi.


Rating Kampung People 3 Episod 9 - 7.5/10

Post a Comment

0 Comments