Drama Sorry Naik Lori (iQIYI)

Drama Sorry Naik Lori (iQIYI)

Sorry Naik Lori (iQIYI)

Saksikan Siri Original Sorry Naik Lori yang akan bersiaran mulai 4 November 2022, setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 8.00 malam hanya di platform penstriman iQIYI di www.iq.com dan aplikasi mobile

Episod : 12
Tayangan : iQIYI
Tarikh : Mulai 4 November 2022 (Jumaat & Sabtu )
Masa : 8.00 Malam
Penulis Skrip : Afmy & Mariana Hashim
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Ruhainies, Nazim Othman, Tajul Arif Noor, Sheila Mambo, Nafiz Muaz, Asha Zainul, Ahmad Saffuan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ruhainies sebagai Nadia
  • Nazim Othman sebagai Khairul
  • Sheila Mambo sebagai Mami Saleha
  • Tajul sebagai Talib
  • Nafiz Muaz sebagai John
  • Ahmad Saffuan sebagai Narrator

OST Drama

Lagu Tema : Layar
Penyanyi : Serra Kamal
Komposer : Audi Mok & Shazee Ishak
Lirik : Audi Mok & Shazee Ishak

Sinopsis Drama Sorry Naik Lori

Drama Sorry Naik Lori mengisahkan tentang Khairul iaitu pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia pula bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang influencer.

Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang ramai.

Nadia menolak nasihat suaminya dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi dalam masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.

Drama romantik komedi yang dipaparkan ini turut menceritakan pasang surut hubungan dan kehidupan keluarga yang mempunyai dinamik, kepercayaan dan gaya hidup yang berbeza pada era moden ini, yang sememangnya digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia hari ini.

Sorry Naik Lori (iQIYI)

Sorry Naik Lori (iQIYI)

Post a Comment

0 Comments