Love You Miss Pomen (TV9)

Love You Miss Pomen (TV9)

Love You Miss Pomen (TV9)

Saksikan telefilem Love You Miss Pomen yang akan bersiaran pada 4 November 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 4 November 2022 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Hafid Derani, Shahnas Putra & Aida Othman
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Art Ornament Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Aliff Aziz, Mira Filzah, Kamal Sumbu, Aishah Azman, Rashid Jafar, Ikhlas Jalil, Mak Wan Latah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aliff Aziz sebagai Remy
  • Mira Filzah sebagai Saerah
  • Kamal Sumbu sebagai Samad
  • Aishah Azman sebagai Nana
  • Rashid Jafar sebagai Pak Leh
  • Ikhlas Jalil sebagai Azli
  • Mak Wan Latah sebagai Mak Tom

Sinopsis Telefilem Love You Miss Pomen

Telefilem Love You Miss Pomen mengisahkan tentang Remy yang rimas dengan sifat Nana yang mengada-ngada setelah terlalu lama mereka bercinta. Ketika Remy bermalam di rumah keluarga Nana akibat kereta rosak, Remy berkenalan rapat dengan Saerah, mekanik bengkel tempat Remy menghantar keretanya.

Remy menyukai Saerah kerana dia seorag yang berdikari. Suatu hari, ketika Nana dan Remy bersiar-siar di kampung, mereka bertegur sapa dengan Azli, seorang pemuda kampung. Azli pula suda lama menyukai Saerah namun tidak dilayan.

Apabila Azli ternampak Saerah melayan Remy dengan mesra di bengkel, perasaan cemburu dan dengki mula meluap-luap dalam hatinya. Maka berlakulah pertengkaran hebat antara Nana dengan Remy.  Saerah pula kecewa dengan Remy kerana dia merahsiakan hubungan cintanya dengan Nana.

Love You Miss Pomen (TV9)

Love You Miss Pomen (TV9)

Post a Comment

0 Comments