Semarai Pemenang Awesome Raja Lawak Musim Pertama Tahun 2022

Semarai Pemenang Awesome Raja Lawak Musim Pertama Tahun 2022

Semarai Pemenang Awesome Raja Lawak Musim Pertama Tahun 2022

Inilah keputusan yang ditunggu-tunggu apabila Soda dinobatkan sebagai juara program Awesome Raja Lawak musim pertama yang telah bersiaran secara langsung di Awesome TV pada 9 November 2022.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai oleh Danny dan Sofwan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai utama sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Kemenangan itu juga sekali gus menawarkan 5 finalist lain iaitu Se'eh, Mabo, Azhar, Sedare dan Manja yang mana masing-masing telah mempersembahkan 2 tugasan atau tema yang diberikan iaitu bebas dan muzikal komedi.

BACASenarai 14 Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Tempat kedua atau naib juara pula milik kumpulan Se'eh yang pernah diselamatkan daripada tersingkir di minggu ke-8 yang mana mereka membawa pulang RM25,000 beserta trofi.

Sementara, itu kumpulan yang juga diserap masuk untuk ke pentas akhir ini iaitu Mabo diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan membawa pulang RM10,000 juga beserta trofi.

Untuk tempat keempat dan kelima dimenangi oleh satu-satunya finalist solo iaitu Azhar dan kumpulan Sedare. Dikedudukan keenam untuk kumpulan Manja.

Kesemua pemenang dipilih berdasarkan format pemarkahan 100% daripada juri tetap iaitu Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman.

Untuk musim pertama ini, gandingan baru iaitu Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik bertanggungjawab sebagai hos dipentas utama dan Kamalia Jamaludin di back-stage.

Program Awesome Raja Lawak 2022 telah berlangsung selama 10 minggu yang bersiaran setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam di Awesoem TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

▶ Dapatkan Koleksi Lawak Santai - DISINI

Berikut merupakan kedudukan bagi setiap pemenang dalam Awesome Raja Lawak 2022

  1. Soda
  2. Se'eh
  3. Mabo
  4. Azhar
  5. Sedare
  6. Manja

Tahniah kepada semua finalis

Post a Comment

0 Comments