Filem Seratus

Filem Seratus

Filem Seratus

Saksikan filem SERATUS yang akan ditayangkan mulai 6 Oktober 2022, hari Khamis serentak di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Filem dengan genre romantik-thriller ini mencipta sejarah dengan menampilkan 100 orang pelakon terkenal yang digabungkan dalam sebuah filem sekaligus menjadikan filem pertama di Malaysia yang menampilkan ramai bintang popular.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 6 Oktober 2022
Penulis Skrip : Enaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd. & Unomedia Sdn. Bhd

🎫 Dapatkan Tiket Wayang Murah Disini 

Barisan Pelakon

Antara barisan 100 pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Sharul Kamal, Sara Ali, Marisa Yasmin, Alif Satar, Azlee Khairi, Amar Bahrin, Amyra Rosli, Amyza Adnan, Ashraf Muslim, Azri Iskandar, Alvin Chong, Adam Lee, Along Cham, Acong Sweetchild, Adam Shah, Alicia Amin, Adeline Tsen, Atiq Azman, Aman Graseka dan Bront Palarae.

Selain itu terdapat juga penampilan daripada Beto Kusyairi, Badrul Muhayat, Bell Ngasri, Bella Dally, Chef Nik Michael, Chew Kin Wah, Dato’ Awie, Dato’ Nashrudin Elias, Dato’ Fizz Fairuz, Dato’ Haji Adi Putra, Daler Yusuf, Esma Daniel, Elizabeth Tan, Elvina Mohamad, Floor 88, Fara Fauzana, Fazlina Ahmad Daud, Fezrul Khan, Farez Ridzwan, Fahrin Ahmad, Isa Khan, Izzue Islam, Issey Fazlisham, Isyariana, Jasmin Hamid, Jay Iswazir, Joey Daud, Jaja Ilyie, Kuza dan Lydiawati.

Juga terdapat Lan Shiro, Mior Hashim Manap, Mustaqim Bahadon, Norman Hakim, Nora Danish, Nadiya Nisaa, Nafiz Muaz, Noorkhiriah, Nazrief Nazri, Niezam Zaidi, Puteri Rafasya, Rusdi Ramli, Ropie Cecupak, Risteena Munim, Reen Rahim, Roy Azman, Ruzana Ibrahim, Siti Saleha, Shukri Yahya, Syafie Naswip, Sean Lee, Syazwan Zulkifly, Syazuwan Hassan, Sweet Qismina, Santesh Tiz Zaqyah, Talha Harith, Ungku Ismail Azi, Wan Sharmila, Wan Raja, Yusuf Bahrin dan Ziana Zain.

Sinopsis Filem Seratus

Filem Seratus yang penuh dengan aksi-aksi mendebarkan ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz, yang mahu menyelamatkan ibunya diculik.

Satu-satunya 'klu' atau panduan yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, ialah sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya.

Kepingan RM 100 itu, mengandungi petunjuk yang boleh membawanya, untuk mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik itu. Adakah Hafiz berjaya menyelamatkan ibunya?

Filem Seratus

Filem Seratus

Filem Seratus

Post a Comment

0 Comments