Telefilem Satu Tong

Telefilem Satu Tong

Telefilem Satu Tong

Sempena Hari Malaysia, Astro bawakan sebuah telefilem khas SATU TONG yang akan bersiaran pada 16 September 2022, hari Jumaat pada pukul 12.00 tengah hari di Astro Prima 105 dan ulangan pukul 10.30 malam di Astro Gemilang 100 beserta tayangan online di Astro Go.

Tayangan : Astro Prima 105 & Astro Gemilang 100
Tarikh : 16 September 2022 (Jumaat)
Masa : 12.00 Tengah Hari & 10.30 Malam
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar & Syadhafiza Rosli
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Playwright Pictures Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Elizabeth Tan, Andy Teh, Shah Iskandar, Nadia Aqilah, Chloyen Lim, Aunty Kitty, Shamsul Danish, Sasitharan, Fadzil A Aziz, Wan Azwan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shah Iskandar sebagai Karim
  • Nadia Aqilah sebagai Ema
  • Andy Teh sebagai Raymond Tan
  • Elizabeth Tan sebagai Nikki
  • Chloyen Lim sebagai Emily
  • Fadzil A Aziz sebagai Haji Abu

Sinopsis Telefilem Satu Tong

Telefilem Satu Tong mengisahkan tentang masalah yang sering dialami oleh rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air

Keluarga Tan dan keluarga Karim sudah lama berjiran dan mengambil berat antara satu sama lain. Pada suatu hari, mereka mendapat berita akan berlaku gangguan air sementara akibat pencemaran sungai.

Dalam tempoh itu juga, kedua-dua keluarga hanya berjaya dapatkan satu tong sahaja untuk menerima bekalan air dan ianya perlu dikongsi.

Disebabkan itu terjadinya adegan berebut dan catuan air antara mereka sehingga tercetusnya pergaduhan hanya kerana isu air yang terpaksa berkongsi.

Telefilem Satu Tong

Telefilem Satu Tong

Telefilem Satu Tong

Post a Comment

0 Comments