Telefilem Bangkit Di TV2

Telefilem Bangkit Di TV2

Telefilem Bangkit Di TV2

Sempena Hari Malaysia, RTM bawakan telefilem khas berjudul BANGKIT yang akan bersiaran pada 16 September 2022, hari Jumaat pada pukul 3.00 petang menerusi saluran TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : TV2
Tarikh : 16 September 2022 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Azura Halid
Pengarah : Emdy Idris
Produksi : Izzat Corporate Consultancy Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Muhammad Hadi Putra, Aman Graseka, Juita Johari, Duerra Mitilda, Firas Danial, Nur Shahiratul Shafiqah, Arma Zani, Tyara Danella dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hadi Putra sebagai Johan
  • Duerra Mitilda sebagai Jesnita
  • Firas Danial sebagai Azli
  • Aman Graseka sebagai Pak Jamal
  • Juita Johari sebagai Mak Siah

Sinopsis Telefilem Bangkit

Telefilem Bangkit mengisahkan tentang seorang remaja bernama Johan yang aktif bersukan terutamanya dalam sukan futsal. Akibat dari kemalangan semasa pulang dari sekolah, kaki Johan telah mengalami kecederaan.

Bermula dari kejadian itu, Johan mula merasa rendah diri dan murung. Ahli keluarga dan rakan cuba membantu menaikkan semangat Johan kembali tetapi Johan seperti putus asa.

Adakah Johan akan bangkit melawan nasib malang itu atau terus akur dengan takdir yang menimpa dirinya?

Telefilem Bangkit Di TV2

Telefilem Bangkit Di TV2

Post a Comment

0 Comments