Program Gegarvaganza Musim 9 (GV9) Tahun 2022

Program Gegarvaganza Musim 9 (GV9) Tahun 2022

Program Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) Tahun 2022

Saksikan Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) mulai 18 September 2022, setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Aalam dan di siarkan di Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Program : Gegar Vaganza 9 (GV9)
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 18 September 2022 (Setiap Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Minggu : 10

Seramai 13 peserta yang akan bertanding termasuk Singapura. Mereka ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Asheed Def Gab C, Bob Yusof, Roy Kapilla, Pat Candy, Tom, Dina Nadzir, Haida, kumpulan VE, Fuad Rahman dan Hazrul Nizam.

Tiga juri tetap akan mengadili mereka yang mewakili 100% pemarkahan iaitu Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS sebagai ketua juri. Setiap minggu juga akan diundang juri jemputan. Nabil Ahmad akan digandingkan dengan hos baru iaitu Elly Mazlein bagi menggantikan Jihan Muse untuk GV9 ini.

Juara akan membawa pulang RM100,000 dan Naib Juara akan peroleh RM50,000. Manakala untuk pemenang tempat ketiga bakal memenangi RM30,000, tempat keempat RM20,000 dan tempat kelima dan keenam masing-masing peroleh hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) Tahun 2022

Berikut merupakan senarai penuh 13 bintang atau peserta yang akan bertarung bagi merebut kejuaraan dalam Gegar Vaganaza 9

1.  Asheed Def Gab C

Asheed Def Gab C

Nama : Mohd Ashid Bin Ahmad
Umur : 42 Tahun
Lagu Popular : Marilah Maria, Ibu Kota Cinta, Cinta Sakti

2.  Bob Yusof

Bob Yusof

Nama : Yusrizan Bin Usop
Umur : 41 Tahun
Lagu Popular : Cinta Seorang Teman, Hantaran Hati (ft Rosiah Chik), Cinta Terhalang

3.  Dina Nadzir

Dina Nadzir

Nama : Faradina Binti Mohd Nadzir
Umur : 37 Tahun
Lagu Popular : Cinta Datang Lagi, Malu Tapi Mahu

4.  Fuad Rahman

Fuad Rahman

Nama : Mohamed Fuad Bin Abdul Rahman
Asal : Singapura
Umur : 43 Tahun
Lagu Popular : Bila Rindu (ft Mira)

5.  Haida

Haida

Nama : Siti Haida Binti Hasnan
Umur : 44 Tahun
Lagu Popular : Hajat, Manis Masa Bercinta

6.  Hazrul Nizam

Hazrul Nizam

Nama : Mohammad Hazrulnizam Bin Taib
Asal : Singapura
Umur  42 Tahun
Lagu Popular : Kaulah Segalanya

7.  Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Nama : Jaclyn Joshua Thanaraj Victor
Umur : 44 Tahun
Lagu Popular : Gemilang, Bertamu Di Kalbu, Ikut Rentakku, Wajah

8.  Pat Candy

Pat Candy

Nama : Nurul Nadhira Patricia Binti Robert
Umur : 35 Tahun
Lagu Popular : Akan Ku Tunggu

9.  Roy Kapilla

Roy Kapilla

Nama : Saufi Bin Abdullah
Umur : 54 Tahun
Lagu Popular : Rak Ter, Dikir Rambang

10.  Shila Amzah

Shila Amzah

Nama : Nurshahila Binti Amir Amzah
Umur : 32 Tahun
Lagu Popular : Memori Tercipta, Patah Seribu

11.  Tom

Tom

Nama : Raja Farah Afzal Binti Raja Ikram
Umur : 35 Tahun
Lagu Popular : Lagu Untuk Kuala Lumpur. Redha

12.  Tomok

Tomok

Nama : Shah Indrawan Bin Ismail
Umur : 38 Tahun
Lagu Popular : Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Aku Datang

13.  VE

VE

Nama :
Adeeb, 43 (Abdul Mutalib Bin Nahar)
Cham, 44 (Charma Adizalilullah Bin Abdul Khalil)
Hakim, 37 (Luqman Hakim Bin Ahmad Shaker)
Fakhiz, 40 (Mohd Fakhiz Bin Mohd Yunos, 40)
Zaf, 42 (Zafri Bin Nazaruddin)

Lagu Popular : Ayu, Pop Ye Ye, Khayalan (ft Ruffedge), Tunggu


Post a Comment

0 Comments