Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September

Saksikan filem aksi komedi Malaysia, ABANG LONG FADIL 3 yang akan ditayangkan mulai 8 September 2022, hari Khamis serentak di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 8 September 2022
Lakon Layar : Syafiq Yusof, MF Kencana & Effindi K
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Productions & Astro Shaw

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato' AC Mizal, Ozlynn Waty, Kazar Saisi, Khir Rahman, Shuib, Siraj Alsagoff, Joe Daud, Tania Hudson, Daniella Sya, Jay Iswazir, Wak Doyok, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Fadil
  • Johan sebagai Chow Han
  • Elizabeth Tan sebagai Alice
  • Maya Karin sebagai Ejen Maya
  • AC Mizal sebagai King Cobra
  • Ozlynn Waty sebagai Ocy Lin
  • Kazar Saisi sebagai Chief Kazar
  • Khir Rahman sebagai Presiden Republik Nusantara
  • Shuib Sepahtu sebagai Inspektor Shuib

Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3

Filem Abang Long Fadil 3 mengisahkan tentang kehidupan Fadil yang mendapat tawaran daripada NSS (National Secret Service) untuk menjadi seorang spy, ejen atau perisik profesional dalam menjatuhkan kumpulan samseng terbesar SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han yang.

Chow Han bersama kumpulannya mempunyai niat jahat untuk menakluki negara Nusantara dan mengambil alih kerajaan daripada Presiden Republik Nusantara tersebut. Jadi Ejen Fadil bersama Ejen Alice bekerjasama untuk menumpaskan konspirasi jahat Chow Han tersebut.

Akan tetapi misi tersebut menjadi semakin rumit apabila bekas teman wanita Fadil iaitu Yana menggangu misi NSS tersebut sekali gus melambatkan misi yang telah ditetapkan oleh Chief Kazar.

Chow Han menyedari bahawa dia telah diintip oleh NSS, jadi dia menghantar seorang pembunuh Raja Cobra untuk menghapuskan Fadil dan Alice. Mampukah Fadil menyempurnakan misi menyelamatkan negara ini? Semuanya akan terjawab dalam Abang Long Fadil 3.

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September

Filem Abang Long Fadil 3 Di Pawagam Mulai 8 September

Post a Comment

0 Comments