Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta TV1

Saksikan drama terbaru TUNGGU DULU CINTA yang akan bersiaran mulai 14 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda dan drama ini juga merupakan penglibatan terakhir daripada pelakon Sarah Hildebrand selepas mengumumkan persaraan daripada industri hiburan tanah air.

Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 14 September 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Faten Syamimie & Mardhiah Syamsudin
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Sarah Hildebrand, Hafreez Adam, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, dan Amar Asyraf.

Watak Lakonan

  • Sarah Hildebrand sebagai Nur Aivy Sofea
  • Hafreez Adam sebagai Kamal
  • Hazman Al Idrus sebagai Khairy
  • Fifi Laura Olivia sebagia Yaya
  • Kay Maria sebagai Puan Aini
  • Hannah Halim sebagai Siti
  • Nasz Sally sebagai Jinny
  • Shasha Edora sebagai Fifa
  • Syafiq Aiman sebagai Mika
  • Amar Asyraf sebagai Yaya

Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta mengisahkan tentang Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta.

Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. 

Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu.

Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya.

Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung.

Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta

Drama Tunggu Dulu Cinta

Post a Comment

0 Comments