Telefilem Jabat Erat-Erat

Telefilem Jabat Erat-Erat

Telefilem Jabat Erat-Erat

Saksikan telefilem JABAT ERAT-ERAT yang akan bersiaran pada 14 September 2022, hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang memaparkan isu masyarakat berbilang bangsa di Malaysia ini diinspirasikan daripada sebuah novel iaitu Sinappapal karya Azizi Haji Abdullah dengan 3 cerpen yang terkandung di dalamnya.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 14 September 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Amin Masyhur
Pengarah : Wan Afzan Wan Daud
Produksi : Unit Drama RTM dan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Fatimah Abu Bakar, Kamarool Hj Yusof, Noorkhiriah, Zaidi Omar, Tan Mei Ling, Jordan Voon, Aidil Rafiq, Isaac, Asad Saufi, Cahya, Shamala dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Bohari Ibrahim sebagai Mokhtar
  • Rosnah Johari sebagai Eton
  • Fatimah Abu Bakar, sebagai Nenek Timah
  • Kamarool Hj Yusof sebagai Surchat
  • Noorkhiriah sebagai Cikgu Mariam
  • Zaidi Omar sebagai Ustaz Sudin
  • Tan Mei Ling sebagai Fang
  • Jordan Voon sebagai Ah Leong
  • Aidil Rafiq sebagai Kalam
  • Azman Hassan sebagai Seman

Sinopsis Telefilem Jabat Erat-Erat

Bermula dengan plot kehidupan masyarakat di sebuah kampung. Seorang pemuda bernama Kalam yang mendapat tawaran belajar di sebuah Universiti. Dalam masa yang sama dia perlu menyiapkan sebuah lukisan mural. Mural impian arwah teman baiknya Senah.

Hatinya berbelah bagi untuk meneruskan impian ke universiti kerana memikirkan neneknya yang sudah tua. Cikgu Berahim dan Cikgu Mariam akhirnya berjaya memujuk Kalam untuk menyambung pelajaran ke Universiti.

Setelah kehilangan anak kesayangannya Senah, Damit terperangkap dalam dunia khayalan ciptaannya sendiri. Nenek Timah berusaha untuk memahamkan Damit dan mengharapkan Damit menerima kenyataan serta redha dengan apa yang telah berlaku. Berkat dari doa seorang ibu dan kawan-kawan kesihatan Damit beransur sembuh.

Seterusnya kisah Ah Leong yang baru saja berpindah ke kampung tersebut merasakan penerimaan orang Kampung terhadap keluarganya tidak seperti yang dijangkakan. Semenjak kejadian bertembung dan dimarahi oleh Damit tanpa mengetahui siapa itu Damit.

Ah Leong semakin tertekan apabila isterinya Fang yang sarat mengandung mahukan bidan Cina. Fang mendesak suaminya untuk keluar dari kampung tersebut setelah anak mereka itu dilahirkan. Akhirnya, Fang dapat melahirkan anak dengan dibantu oleh seorang bidan kampung iaitu Nenek Timah.

Persepsi Ah Leong terhadap orang kampung mulai berubah dan mendapati bahawa Damit sebenarnya sedang ‘sakit’.

Plot diteruskan dengan kisah seorang budak kampung yang nakal bernama Dolah anak kepada Ahmad. Hanya merebutkan sebatang pensil timbul pertelingkahan antara Dollah dan Zahid. Akhirnya dapat dileraikan oleh Cikgu Mariam dan Cikgu Zahid.

Realiti kehidupan masyarakat kampung berbeza bangsa dan agama akhirnya dapat disimpulkan dengan kisah Kalam sedang berusaha menyiapkan lukisan mural sebelum meneruskan persiapannya ke Universiti.

Turut menemaninya seorang budak India bernama Sinapapal yang bijak dan ingin belajar mengenai agama Islam. Namun, keinginannya tidak dipenuhi oleh Ustaz Sudin malah sering dimarahi kerana berkawan rapat dengan Zulikha.

Konflik mulai timbul apabila Minachi, ibu kepada Sinapapal tidak menyukai hubungan mereka. Adakah kemudiannya Ustaz Sudin bersetuju untuk membimbing Sinapapal?

Telefilem Jabat Erat-Erat

Telefilem Jabat Erat-Erat

Post a Comment

0 Comments