Telefilem Rumah Tok Wie

Telefilem Rumah Tok Wie

Telefilem Rumah Tok Wie Di Awesome TV

Saksikan telefilem RUMAH TOK WIE yang akan bersiaran pada 21 Ogos 2022, hari Ahad pada pukul 9.30 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 21 Ogos 2022 (Ahad)
Masa : 9.30 Malam
Pengarah : Razif Ajiboy
Produksi : Rumah Produksi Merah

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Dato Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani .Ns, Vivienna, Putri Hanan, Saiful Ghaz, Annyss Ahmad, Pak Abu dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato Awie sebagai Tok Wie
  • Roy Azman sebagai Fuad
  • Hazama seabgai Amir
  • Sharwani .Ns sebagai Kodi
  • Vivienna sebagai Fazira
  • Putri Hanan sebagai Sue
  • Saiful Ghaz sebagai Pak Ali
  • Annyss Ahmad sebagai Hasnah

Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie

Telefilem Rumah Tok Wie mengisahkan tentang penduduk kampung iaitu Kodi, Fuad dan Amir yang terdesak memerlukan duit akibat kehilangan kerja apabila kilang tempat mereka mencari rezeki ditutup akibat pandemik dan pelaksanaan PKP.

Disebabkan itulah, mereka merancang untuk merompak rumah Tok Wie yang dikatakan paling kaya di kampung tersebut. Tok Wie merupakan seorang penyanyi lejen di Malaysia dan memiliki beberapa harta benda yang dia sayangi.

Tok Wie telah membina sebuah rumah agam di sebuah kampung dimana rumah itu menjadi tempat untuk dia menyimpan barang barang berharga miliknya.

Namun, tanpa mereka sedari bukan senang untuk pecah masuk ke rumah Tok Wie. Setelah semua usaha gagal, akhirnya mereka menukar rancangan untuk menculik Tok Wie. Adakah rancangan mereka berjaya?

Telefilem Rumah Tok Wie

Telefilem Rumah Tok Wie

Post a Comment

0 Comments