Telefilem Cik Shopaholic

Telefilem Cik Shopaholic

Telefilem Cik Shopaholic

Saksikan telefilem CIK SHOPAHOLIC yang akan bersiaran pada 22 Ogos 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 22 Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Puteri Aishah, Ungku Ismail Aziz, Sharifah Shahora, Marisa Yasmin, Azhar Amir, Syerinie Myra, Kamsani Ismail, Hazwan Alif dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Puteri Aishah sebagai Hezliza
  • Ungku Ismail sebagai Razi
  • Sharifah Shahora sebagai Suraya
  • Marisa Yasmin sebagai Jasmiah
  • Syerinie Myra sebagai Sabrina

Sinopsis Telefilem Cik Shopaholic

Telefilem Cik Shopaholic mengisahkan tentang pasangan Razi dan Hezliza yang mempunyai sifat yang berlawanan antara satu sama lain. Razi seorang yang sangat cerewet dan tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan. Manakala Hezliza pula sangat boros dalam soal berbelanja.

Kebetulan bapa kepada Razi & Hezliza adalah rakan dalam dunia perniagaan. Mereka bercadang ingin menjodohkan Razi dan Hezliza dengan harapan Razi dapat mengubah sikap Hezliza.

Razi menyedari kelebihan yang dimiliki Hezliza iaitu pandai memasak dan masakannya memang sedap. Razi mendapat idea untuk merealisasikan impian memiliki kafe yang terkubur beberapa tahun lalu.

Tanpa Razi sedar, secara senyap-senyap Hezliza mengulangi perangai lamanya. Dia kembali boros dan berbelanja sehinggalah tembelangnya pecah apabila Razi menemui beberapa barangan berjenama yang dibelinya senyap-senyap.

Hezliza akhirnya terpaksa mengaku membeli belah sebagai terapi kepada tekanan perasaan dan kepenatan yang ditanggungnya sepanjang mengendalikan kafe.

Telefilem Cik Shopaholic

Post a Comment

0 Comments