Telefilem Mempelai Panda Di Awesome TV
Saksikan telefilem MEMPELAI PANDA yang akan bersiaran pada 7 Ogos 2022, hari Ahad pada pukul 9.30 malam di slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112
Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 7 Ogos 2022 (Ahad)
Masa : 9.30 Malam
Pengarah : Opie Zami
Produksi : Opyglobal Pictures
🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3
Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Roy Azman, Mamak Puteh, Monica Picca, Fara Nadiah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Zalif Sidek sebagai Borhan/Boobear
- Wanna Ali sebagai Zara
- Opie Zami sebagai Slash
Sinopsis Telefilem Mempelai Panda
Telefilem Mempelai Panda mengisahkan Borhan atau Boobear yang merupakan seorang pelawak upahan berpakaian panda yang bekerja keras untuk mengumpul duit.
Ianya bertujuan sebagai wang hantaran untuk mengahwini Zara. Ini kerana maknya telah menetapkan wang hantaran sebanyak RM20k untuk mengahwini anaknya.
Sepanjang proses mengumpul wang hantaran, Boobear bersama sahabat karibnya, Slash terjebak di dalam pelbagai masalah. Namun akhirnya Boobear berjaya mengumpul wang hantara itu sepenuhnya pada hari perkahwinannya.
Tetapi Boobear hadir dengan kostum pandanya manakala Zara hadir dengan pakaian pengantinnya. Adakah mereka akan berkahwin pada akhirnya?