Telefilem Adikarya Lazizah

Telefilem Adikarya Lazizah

Telefilem Adikarya Lazizah

Saksikan telefilem ADIKARYA LAZIZAH yang akan diulang siar pada 31 Ogos 2022, hari Rabu pada pukul 1.30 petang menerusi slot Telefilem 1:30 Tengah Hari di TV9 atau boleh tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Telefilem 1:30 Tengah Hari di TV9
Tarikh : 31 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 1.30 Petang
Penulis Skrip : Nor Faiz Ahmad Helimi & Mariana Hashim
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : Aficionado Media (M) Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Normah Damanhuri, Lisdawati, Amanda Misbun, Memey Suhaiza, Rashid Jaafar, Redza Minhat, Ku Faridah, Dato' Jaluludin Hassan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Normah Damanhuri sebagai Lazizah
  • Lisdawati sebagai Hani
  • Memey Suhaiza sebagai Sofiah
  • Amanda Misbun sebagai Ina
  • Rashid Jaafar sebagai Syamsul
  • Redza Minhat sebagai Naim
  • Ku Faridah sebagai Opah

Sinopsis Telefilem Adikarya Lazizah

Telefilem Adikarya Lazizah mengisahkan Lazizah iaitu seorang wanita yang begitu cekal dan gigih menjaga 3 anak perempuannya tanpa suami.

Suami pertama meninggal dunia sebagai seorang perajurit dan yang kedua pula berakhir dengan kekecewaan setelah diceraikan oleh suaminya yang merupakan seorang kaki judi dan sanggup untuk menjual Lazizah untuk mendapatkan wang.

Makcik Izah (Lazizah) tidak disenangi masyarakat sekeliling kerana suatu ketika dahulu, dia merupakan seorang penari di kelab. Makcik Izah amat meminat sastera dan sering menghasilkan puisi secara spontan dan amat melankolik.

Keadaan Makcik Izah bertambah tertekan dengan sikap anak-anaknya Hani Wahiza, Ina Azilah dan Sofiah yang sanggup meminggirkannya setelah dewasa.

Makcik Izah pernah dihalau oleh anak dan menantunya ketika menziarahi mereka. Lebih syahdu ianya berlaku ketika berkumandangnya azan Ramadan pertama dan Makcik Izah hanya berbuka dengan seteguk air sejuk.

Rizky, seorang pemuda kampung, sering singgah di anjung rumah Makcik Izah untuk mendengar celoteh dan berpuisi. Orang kampung menganggap Makcik Izah gila kerana puisi-puisinya.

Tidak cukup dengan itu, mereka menuduh Makcik Izah seorang pelacur tua kerana hampir setiap bulan mereka akan terserempak Makcik Izah menemui seorang lelaki tua.

Siapakah lelaki tua itu dan adakah anak-anak Makcik Izah akan insaf dengan perbuatan mereka.

Post a Comment

0 Comments