Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Saksikan telefilem PEREMPUAN DI HUJUNG KAMPUNG yang akan bersiaran pada 1 September 2022, hari Khamis pada pukul 1.30 tengah hari di saluran TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : TV9
Tarikh : 1 September 2022 (Khamis)
Masa : 1.30 Petang
Idea Asal : Adza Irdawati Adenan
Pengarah : Jetlee Nazie Juhan
Produksi : ZK Creative Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Amar Asyraf Zailuddin, Cha Cha Maembong, Marissa Yasmin, Datin Fadilah Mansor, Esma Danial, Norazhar Buyong, Muhammad Saidi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amar Asyraf sebagai Umar Ariffin
  • Cha Cha Maembong sebagai Bintang
  • Marissa Yasmin sebagai Embun
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Nek Kasih
  • Esma Danial sebagai Ustaz Ghazal

Sinopsis Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung mengisahkan tentang Umar Ariffin yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan sebagai wartawan juga merudum

Ditambah pula, rakannya kini sudah dinaikkan pangkat ke Ketua Bahagian tetapi tidak untuk Umar. Disebabkan itulah, dia dicabar untuk mencari sebuah kisah masyarakat bagi membuktikan yang dia juga layak untuk jawatan tersebut.

Kemudian dia mendapat tahu satu cerita yang menceritakan tentang 3 balu yang malang kerana setiap lelaki yang berkahwin dengan mereka pasti akan meninggal dunia sebelum sampai 1 tahun.

Adakah cerita tersebut benar dan akan memberikan kesan kepada artikel yang ingin diterbitkan oleh Umar Ariffin? Saksikan kesudahannya.

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Post a Comment

0 Comments